Wednesday, September 29, 2010

Tip Survival Penerbit: Risiko Memberi Diskaun Terlalu Tinggi kepada Agen

Banyak penerbit yang baru membuka perniagaan memberikan diskaun yang terlalu tinggi kepada pengedar, agen dan kedai-kedai buku. Ini adalah sangat berisiko. Diskaun tinggi yang sudah kita berikan takkan dapat ditarik balik!

Semasa syarikat masih kecil, maka sememangnya kos operasi kita rendah, oleh itu meskipun kita memberi diskaun melebihi 45% kita masih mempunyai margin keuntungan. Tetapi, apabila syarikat semakin besar, kos operasi kita semakin tinggi.

Banyak kos yang tidak ditanggung semasa syarikat masih kecil terpaksa ditanggung apabila syarikat semakin membesar. Ambil sebagai contoh 'kos hospitaliti' ataupun istilah Melayunya 'kos ketamuan'.

Semasa syarikat masih kecil kita tidak menerima rombongan tetamu yang datang melawat pejabat kita. Justeru kita tidak terpaksa menanggung kos menyediakan jamuan dan beg cenderamata.  Tetapi apabila syarikat kita sermakin membesar, jumlah rombongan semakin banyak, dan kos hospitaliti semakin meningkat.

Kita tidak patut menolak rombongan yang mahu datang melawat syarikat kita bagi menurunkan kos operasi. Ini kerana mereka adalah peminat dan sekaligus pembeli produk-produk kita. Mereka juga akan menjadi promoter produk-produk kita kepada network mereka, justeru peranan mereka sangat penting bagi bisnes kita. Jadi, kedatangan mereka membawa banyak kebaikan.

Nota: Foto menunjukkan sebahagian daripada rombongan pelajar dan pensyarah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) pada bulan September lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Datuk Seri Idris Jala Menolak Pendapat bahawa Bahasa Inggeris adalah Syarat Wajib Kemajuan Negara Previous entry: Tip Survival Penulis: Elakkan Fenomena Menerbitkan Banyak Buku Tetapi Tidak Memiliki Harta Intelek

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.