Monday, November 21, 2011

Tip Survival Penerbit: Risiko Receivable Menjadi Hutang Lapuk

Semasa penerbit baru memulakan bisnes, masalah recievable tidak timbul. Tetapi semakin lama penerbit beroperasi, isu recievable menjadi semakin serius.

Istilah 'recievable' merujuk kepada wang yang dijadualkan akan diterima daripada pelanggan. Jadi, bagi penerbit, jumlah recievable adalah hutang yang sudah sampai tempoh matangnya, yakni sudah patut dibayar oleh pengedar, kontaktor, agen dan kedai-kedai buku.

Apabila recievable tidak diterima, ia boleh menjadi hutang lapuk, yakni hutang yang tiada harapan dapat diktutip.

Ciri-ciri tingkah laku recievable:

a. Semakin besar penerbit, semakin banyak jumlah recievable.

b. Semakin lama usia penerbit, semakin banyak recievable yang naik taraf menjadi hutang lapuk.

c. Semakin banyak judul diterbitkan, semakin banyak recievable.

d. Semakin laris buku yang diterbitkan, semakin banyak jumlah recievable.

e. Semakin banyak jumlah agen dan kedai yang diberi kredit, semakin banyak jumlah recievable.

f. Semakin tinggi kredit limit yang diberikan kepada agen dan kedai, semakin banyak recievable.

Salah satu punca recievable menjadi hutang lapuk adalah apabila bisnes kedai buku jatuh, ataupun kedai buku itu tutup.

Faktor-faktor kedai buku tutup adalah:

a. Bisnes partner yang memiliki kedai buku itu bergaduh dan berpecah.

b. Pemilik kedai buku meninggal.

c. Bisnes kedai buku merosot disebabkan pemilik sudah tua, sakit, ataupun sibuk dengan bisnes lain.

d. Pengurusan kedai buku diambil alih oleh orang baru yang tidak pandai menguruskan kedai buku.

e. Kedai buku tutup bisnes.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu Previous entry: Kedai Buku akan Dapat Mengakses Pangkalan Data Jualan PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: