Friday, July 08, 2011

Tip Survival Penerbit: Sebelum Bulan Puasa Buku-Buku Musim Raya Sudah Dihantar ke Kedai

Data jualan PTS pada tahun-tahun menunjukkan jualan buku meningkat dengan ketaranya 2 bulan sebelum tibanya bulan puasa.

Buku-buku yang paling laris adalah buku-buku agama dan buku-buku masakan.

Walaupun begitu, jualan buku-buku remaja juga meningkat.

Mood orang pergi membeli-belah untuk barang-barang keperluan bulan puasa dan hari raya sudah muncul awal.

Mood membeli-belah itu didorong oleh banyaknya iklan-iklan yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor industri barangan komsumer.

PTS sendiri ikut sama menerbitkan iklan buku-bukunya 2 bulan sebelum bulan puasa tiba.

Nota: Foto menunjukkan kru gudang PTS di hadapan timbunan buku-buku Komik-M yang menanti dimasukkan ke dalam kotak-kotak sebelum dihantarkan ke kedai-kedai buku di seluruh negara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Memilih Tokoh Sejarah untuk Novel Biografi Previous entry: Buku-Buku PTS Masuk Semua 20 Cawangan Carrefour di Seluruh Negara

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.