Monday, March 15, 2010

Tip Survival Penerbit: Segera Ubah Jadual Penerbitan apabila Senario Ekonomi Berubah

Editor-editor buku bekerja dengan mempunyai apa yang disebut 'jadual penerbitan'. Lazimnya jadual itu mengandungi senarai buku-buku yang dirancang penerbitannya selama setahun.

Manuskrip sudah ada, para penulis sudah dimaklumkan bila buku mereka akan terbit, dan bajet percetakannya juga sudah dipohon.

Jabatan marketing juga sudah dimaklumkan, oleh itu rancangan kempen promosi buku-buku itu sudah difikirkan dan bajet promosinya sudah disediakan.

Tetapi, bak kata pepatah, "Apabila gendang berubah, langkah penari mesti berubah."

Demikianlah juga halnya dengan jadual penerbitan. Keadaan ekonomi tidak pernah serupa sepanjang masa. Judul-judul buku yang sesuai diterbitkan dalam zaman ekonomi berkembang dengan sihat tidak sesuai diterbitkan apabila outlook ekonomi kurang baik.

Oleh itu, apabila ada sahaja tanda-tanda ekonomi tidak baik, para editor mesti cepat-cepat menilai semula, dan jika perlu mengubah, jadual penerbitan buku-buku di bawah jagaan masing-masing.

Dalam ekonomi sihat, orang mampu membeli buku-buku yang dicetak mewah dan tebal-tebal. Buku-buku travel juga lebih laku disebabkan orang mempunyai wang lebihan, jadi mereka mampu travel. Begitu juga buku-buku dekor rumah dan hobi yang mahal-mahal.

Apabila ekonomi lembap, buku-buku nipis dan murah sahaja yang dapat dijual. Buku-buku yang laku adalah buku panduan berjimat-cermat, buku panduan mencari duit tambahan, buku bisnes kecil-kecilan, buku hobi murah dan lain-lain buku yang sesuai dalam keadaan orang tidak cukup duit.

Penulis-penulis yang tarikh penerbitan buku mereka terpaksa ditangguhkan tentulah kecewa. Editor perlu menerangkan kepada penulis faktor mengapa tarikh itu terpaksa ditangguhkan. Walaupun kecewa, mereka akan faham. Jangan diam-diam sahaja!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Sejarah Islam Abdul Latip Talip di Jakarta Previous entry: Novel Thriller dan Fantasi Terbaru dari PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  10:25 AM

Diriku terus sabar menanti….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  03:15 PM

Diriku juga terus sabar menanti…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  06:28 PM

MOGA APRIL INI AKAN LEBIH BERMAKNA DENGAN KELAHIRAN BUKU SULUNG KU INI.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: