Wednesday, February 24, 2010

Tip Survival Penerbit: Sektor Novel Remaja Lelaki adalah Pasaran Laut Biru

Jika tuan dan puan hendak melabur dalam industri penerbitan fiksyen, jangan masuki Laut Merah. Masuki Laut Biru.

Sebagai penulis fiksyen pun begitu juga. Jangan menulis fiksyen bagi pasaran yang sudah menjadi Laut Merah.

Sebagai contoh, jangan terjuni laut novel cinta popular. Setiap bulan antara 20 - 25 judul novel cinta baru diterbitkan. Ini kawasan yang sukar mahu survive, baik sebagai penerbit baru mahupun sebagai penulis baru. Apabila dalam sesuatu sektor itu terdapat terlalu banyak pilihan, hanya nama-nama besar sahaja, yang sudah terkenal, yang sudah banyak penggemar, yang dapat survive persaingan sengit itu.

Sebagai penerbit baru, cari sektor di mana di situ belum ada pemain utamanya. Bak kata idiom orang bisnes, cari negeri di mana penduduknya tidak memakai kasut. Buka kilang kasut di situ.

Salah satu sektor buku yang masih belum diterokai dengan berkesan oleh mana-mana penerbit adalah buku-buku cerita bagi bacaan remaja lelaki. Sektor ini belum didominasi oleh mana-mana penerbit. Ertinya, belum ada "budak besar" dalam sektor ini.

PTS sendiri belum berjaya menjadi budak besar disebabkan jumlah judul yang diterbitkannya belum cukup banyak bagi mendapatkan rak khusus dalam kedai-kedai buku.

Creative (CESB) pernah cuba meneroka sektor ini sejak lama dahulu, tetapi gagal menjadi pemain utamanya disebabkan jumlah judul yang diterbitkannya tidak cukup banyak.

ALAF21 tidak mendominasi pasaran ini disebabkan faktor yang sama apabila ALAF21 hanya mempunyai Ramli Awang Murshid dengan siri thrillernya.

Penerbit Utusan tidak mendominasi sektor ini walaupun ia mempunyai karya-karya Faisal Tehrani disebabkan faktor yang serupa.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 11 tahun yang lalu menutup Bahagian Sastera Remajanya, dan baru membukanya semula. Dengan budaya kerjanya yang lembap oleh kerenah birokrasi yang parah, organisasi itu takkan dapat mendominasi sektor ini.

Dengan senario seperti itu, pada saat ini, jika ada penerbit yang sanggup melaburkan modal besar bagi menerbitkan buku-buku remaja lelaki, maka dia berpeluang dapat menguasai sektor ini dengan relatif mudah.

Nota kaki: Sumbangan paling penting Dato' A Aziz Deraman dalam tempoh beliau memimpin DBP selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah DBP adalah: (a) Menutup bahagian buku pengajian tinggi, (b) Menutup bahagian buku remaja dan kanak-kanak dan (c) Menswastakan DBP kepada DAWAMA dengan deal yang merugikan DBP dan industri buku Melayu. Jasamu dikenang!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Lain Padang, Lain Belalang Previous entry: Terbaru dari Komik-M
Web Sutera  on  02/24  at  10:21 AM

Saya petik “Sumbangan paling penting Dato’ A Aziz Deraman dalam tempoh beliau memimpin DBP selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah DBP adalah: (a) Menutup bahagian buku pengajian tinggi, (b) Menutup bahagian buku remaja dan kanak-kanak dan (c) Menswastakan DBP kepada DAWAMA dengan deal yang merugikan DBP dan industri buku Melayu. Jasamu dikenang!”.

Usaha martabat bahasa Melayu: Asal fulus masuk saku! di http://pasalbuku.blogspot.com/2010/02/usaha-martabat-bahasa-melayu-asal-fulus.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.