Tip Survival Penerbit: Strategi Menembusi Sektor Kelas Menengah
Dulu-dulu, penerbit buku Melayu sukar membuat keuntungan kerana hanya anak orang tidak berduit membaca buku-buku Melayu. Faktor sosiologi ini menyebabkan buku Melayu tidak dapat dijual dengan harga mahal.
Oleh hal yang demikian buku-buku Melayu terpaksa diterbitkan dalam bentuk nipis, supaya harganya mampu dibeli oleh pembeli yang tidak berduit. Begitu juga ilustrasi yang digunakan terpaksa menggunakan ilustrasi yang berkualiti rendah, kerana itu yang murah.
Trend sudah berubah. Sekarang anak-anak kelas menengah Melayu dengan bangganya mempamerkan kepada dunia penulis Melayu pujaan mereka. (Foto menunjukkan salah seorang peminat novel-novel AinMaisarah.)
Perubahan trend pasaran ini berlaku apabila penerbit buku mengubah konten dan pakejing buku-buku Melayu, sesuai dengan citarasa orang berduit.
Namun buku-buku yang ditargetkan kepada remaja kelas menengah hanya laku keras di bandar-bandar utama dan dijual di dalam rangkaian kedai buku elit kerana di situlah golongan ini pergi membeli buku.
Buku-buku itu tidak dapat dijual melalui kedai-kedai buku indie meskipun kandungannya mematuhi syariah, sedangkan jumlah kedai-kedai indie adalah lebih banyak daripada rangkaian kedai buku elit.
Nota: Foto hiasan menunjukkan salah seorang peminat novel-novel AinMaisarah. Beliau adalah sampel remaja yang kini membaca novel popular dalam Bahasa Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment