Monday, October 03, 2011

Tip Survival Penerbit: Strategi Mencipta Desain Kulit Buku Remaja

1. Apabila kita menyediakan bahan untuk kulit buku, kita jangan ikutkan citarasa kita, kita ikut citarasa golongan pembaca. Saya lihat stail kartun zaman gila-gila sudah berlalu. Carilah paling kurang 50 pembaca sasaran untuk memberikan maklumbalas atas konsep buku kita.

2. Bagi desainer buku-buku remaja yang sudah tidak remaja, mereka perlu menyelam dalam kehidupan remaja, lihat trend terbaru desain yang mempengaruhi mereka.

3. Bersedia untuk buang gaya desain yang kita ada, logik desain yang diterima oleh golongan remaja berkemungkinan besar tidak sama dengan logik desain yang kita telah belajar dan dijadikan prinsip selama ini.

4. Ramai pelajar tidak pernah melihat buku-buku PTS. Mereka berlama-lama di meja pameran, hujung jari mereka meraba-raba kulit buku. Mereka sangat terpukau dengan buku PTS.

5. Apabila membeli, mereka tidak dipengaruhi oleh penulis yang telah ada di hadapan mereka. Sekiranya mereka punya cukup wang, mereka memilih buku berdasarkan kulit buku, judul buku, barulah penulis (inilah urutannya).

6. Apabila berbicara tentang citarasa, ia adalah sesuatu yang subjektif. Penulis, editor dan desainer perlu ada kemahiran mengenalpasti "citarasa majoriti". Dalam pasaran akan sentiasa ada golongan yang bercitarasa "minoriti".

Enam tip itu dipetik dari posting Facebook Ain Maisarah Novelis. Lihat cover buku-buku terbaru beliau di Kedai Pink Ain Maisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memperkenalkan Ketua Unit Latihan PTS Previous entry: Senarai Jualan Tertinggi bagi Bulan Januari-September 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.