Friday, August 31, 2012

Tip Survival Penerbit: Tajuk yang Laku Keras di Satu Tempat Tidak Dijamin Laku di Tempat Lain

Penerbit buku yang baru memulakan bisnes lazimnya tidak tahu bahawa tabiat membeli dan membaca buku adalah tidak seragam di semua tempat. Buku yang laku keras di Kuala Lumpur tidak semestinya laku keras di Kangar ataupun di Batu Pahat.

Sebagai contoh, dalam sektor buku agama, sesetengah tajuk buku agama  -  seperti tajuk berkenaan produk dan perkhidmatan kewangan Islam  -  hanya dibeli dan dibaca oleh golongan kelas menengah di bandar-bandar besar sahaja.

Malah, dalam sektor buku fiksyen sekalipun, nama-nama pengarang yang novelnya laku keras di Lembah Kelang tidak semestinya laku keras di semua bandar dan pekan di seluruh negara.

Fenomena ini mempunyai implikasi penting ke atas beberapa perkara:

1. Seni desain kulit buku

Contoh: Buku-buku agama yang dibeli dan dibaca oleh golongan kelas menengah di bandar-bandar besar  -  yakni golongan profesional  -  desain kavernya mesti yang sesuai dengan citarasa golongan itu.

2. Seni gaya bahasa

Contoh: Bagi buku-buku agama yang dibeli dan dibaca oleh golongan profesional tidak serupa dengan gaya bahasa yang digemari oleh ustaz-ustaz.

3. Seni layout halaman dalaman

Contoh: Desain layout halaman untuk buku-buku agama yang sesuai dengan mata dan citarasa ustaz-ustaz tidak sesuai dengan mata dan citarasa golongan profesional.

4. Wajah pengarang

Contoh: Jika foto pengarang mahu dijadikan penghias kulit buku agama, jika buku itu ditujukan kepada pembeli profesional, pengarang perlu memakai baju yang sesuai dengan mata dan citarasa golongan profesional. Jika buku itu ditujukan kepada ustaz-ustaz, maka pakaian pengarang perlu disesuaikan dengan mata dan citarasa ustaz-ustaz.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Pasaran Eksiklopedia Previous entry: Tip Survival Penulis: Menakluki Rak di Dalam Kedai Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.