Tip Survival Penerbit: Tema Masalah Tidak Laku
Salah satu jenis emel yang banyak diterima oleh editor adalah dari orang yang memberitahu bahawa mereka mempunyai koleksi artikel yang sudah terbit dalam majalah dan akhbar. Artikel-artikel itu mengupas pelbagai masalah dalam masyarakat: Masalah remaja, masalah rumahtangga, masalah politik orang Melayu dan lain-lain masalah.
Buku yang menerbitkan semula koleksi artikel dalam media massa tidak laku dijual.
Tema masalah tidak laku dijual. Ini benar, meskipun buku itu bukan koleksi artikel.
Pembaca buku mempunyai psikologi sendiri. Penerbit perlu memahami psikologi orang membeli buku. Pada dasarnya orang pergi ke kedai buku dan membeli buku bukan kerana mereka mahu membaca masalah orang lain.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment