Wednesday, April 28, 2010

Tip Survival Penerbit: USP adalah Unsur Wajib-Ada

Dalam bisnes, salah satu unsur yang wajib ada dalam strategi bisnes adalah apa yang disebut USP (unique selling point), atau Melayunya UUP (unsur unik produk).

USP adalah faktor yang membezakan produk kita daripada produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain. Jadi, USP adalah semacam cap jari produk kita, yang tidak serupa daripada cap-cap jari produk orang lain.

Produk kita mesti mempunyai USPnya sendiri. Produk-produk yang tidak mempunyai USP akan menjadi komoditi. Barang komoditi dijual secara timbang-kati, semakin murah semakin laku.

Apabila buku-buku terbitan kita serupa sahaja dengan buku-buku terbitan syarikat lain, akibatnya adalah:

(i) Tanpa USP, buku-buku kita menjadi buku komoditi. Sebagaimana dengan komoditi-komoditi lain, buku-buku komoditi tidak dapat dijual dengan margin yang tinggi. Buku-buku itu terpaksa dijual lebih murah daripada buku-buku yang serupa dengannya, kalau tidak, buku kita tidak laku, kerana pembeli boleh membeli banyak buku lain yang serupa.

(ii) USP juga memainkan peranan paling penting mencipta kelompok peminat tegar. Produk yang tidak mempunyai peminat tidak dapat bertahan lama dalam pasaran kerana peminat tegar adalah mereka yang akan terus menerus membeli produk-produk kita.

(iii) USP menjadi unsur paling penting dalam branding. Branding adalah semakna dengan 'profit'. Ada brand, ada profit. Semakin kuat branding kita, semakin tinggi profit daripada jualan produk-produk kita.

Ambil sebagai contoh, novel cinta bukan produk baru dalam pasaran. Sudah ada beribu judul novel cinta diterbitkan dan dijual. Jika PTS menerbitkan novel-novel cinta yang tidak memiliki ciri USPnya sendiri, maka amat sukar bagi memasarkan novel-novel cinta PTS.

USP novel-novel cinta terbitan PTS adalah:

(i) Ditulis menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), dan

(ii) Isi kandungannya mematuhi hukum-hakam dalam Islam (syariah-compliant). 

Dua unsur di atas itu menjadi "cap jari" produk-produk PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Studio Dapur PTS Previous entry: Lagi-lagi Cerita Penulis Ditipu Penerbit

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: