Sunday, March 04, 2012

Tip Survival Penterjemah: Tiap-Tiap Rumah Penerbitan Mempunyai Dasar Editorialnya Sendiri

Dari sudut dasar editorial, menerbitkan buku terjemahan dan buku karya asli adalah serupa sahaja.

Tiap-tiap rumah penerbitan mempunyai dasar bahasanya sendiri. Ada rumah penerbitan yang menerima penggunaan bahasa pasar, manakala ada rumah penerbitan yang menolak bahasa pasar.

Dalam isu peminjaman perkataan, istilah dan jargon daripada bahasa asing, ada rumah penerbitan yang lebih suka menggunakan bahasa Melayu, manakala ada rumah penerbitan yang suka menggunakan kata pinjaman.

Ada rumah penerbitan yang menjadikan isu 'memelihara identiti' bahasa Melayu sebagai perkara yang dianggap serius, manakala ada rumah penerbitan yang menjadikan isu 'praktikaliti bahasa' sebagai objektif di sebalik dasar peminjaman yang liberal.

Jadi, penterjemah perlu menyelaraskan gaya bahasa terjemahannya dengan dasar editorial tiap-tiap rumah penerbitan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gunakan 'best practices in the industry' Previous entry: Tip Survival Penterjemah: Belajar dengan Membaca Terjemahan yang Baik
Web Sutera  on  03/05  at  05:17 AM

Benar kerana saya sudah mengalaminya. Namun saya meraikan perbezaan ini, insya-Allah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.