Wednesday, June 13, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Belajar Ilmu-Ilmu Training

Industri training dalam Bahasa Melayu semakin berkembang. Pelanggan semakin mahukan kualiti trainer dan modul training yang tinggi. Ini memberi tekanan ke atas trainier supaya membuktikan mutu konten dalam modulnya adalah menepati harapan pelanggan.

Banyak trainer dalam Bahasa Melayu sudah mengambil langkah menerbitkan buku mereka yang selaras dengan modul training yang mereka tawarkan. Ini adalah langkah yang penting kerana buku menjadi alat marketing yang efektif.

Langkah seterusnya adalah belajar ilmu-ilmu bantu yang sangat relevan dengan kualiti penyampaian sesi training:

1. Ilmu mendesain silabus modul yang efektif.

2. Ilmu mendesain aktiviti yang efektif bagi memindahkan skill.

3. Ilmu budaya Melayu tinggi. Ilmu ini sangat berkait dengan kepuasan pelanggan yang berpelajaran tinggi dan pelanggan yang berusia lebih 30 tahun.

4. Ilmu berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya peserta yakin trainer adalah seorang profesional yang berkredibiliti tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Contoh Lembaran Kerja dalam Buku Previous entry: Nama Pengarang Menjadi Modal Daya Tarikan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.