Tip Survival Penulis-Trainer: Contoh Lembaran Kerja dalam Buku
Salah satu ciri buku yang dapat berfungsi sebagai kit marketing untuk mendapatkan bisnes training adalah terdapatnya contoh-contoh lembaran kerja di dalam buku itu.
Buku yang mengandung lembaran-lembaran kerja di dalamnya menjadi bukti sahih penulis buku itu adalah seorang trainer profesional.
Contoh lembaran kerja seperti itu terdapat dalam buku-buku bahasa Inggeris. Buku-buku Inggeris itu dapat dijadikan contoh bagaimana menghasilkan buku serupa dalam Bahasa Melayu.
Penulis mungkin khuatir lembaran-lembaran kerja yang diterbitkan dalam bukunya mungkin diplagiat oleh trainer lain. Kekhuatiran seperti itu tidak perlu. Ia sukar dilakukan oleh trainer lain disebabkan mereka tidak menguasai ilmu di sebalik lembaran-lembaran kerja itu, akibatnya mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya di dalam sesi training.
Nota: Buku Kuasa Sukses oleh Fadzli Yusof mengandungi contoh lembaran kerja.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment