Tip Survival Penulis-Trainer: Modul Training Perlu Memenuhi Keperluan Pelanggan Organisasi
Training dapat dijalankan untuk peserta secara terbuka ataupun khusus untuk pelanggan organisasi.
Modul yang ditawarkan untuk pelanggan kursus terbuka tidak semuanya sesuai bagi memenuhi pelanggan organisasi.
Aktiviti dan latihan dalam modul untuk sesi terbuka perlu bersifat umum kerana pesertanya datang dari pelbagai latar belakang. Sebaliknya aktiviti dan modul untuk pelanggan organisasi tidak boleh bersifat umum. Ia mesti direka khusus untuk organisasi itu sahaja.
Ini bermakna, trainer perlu mendapatkan maklumat yang betul dari pelanggan sebelum mencipta aktiviti dan menyediakan bahan-bahan latihan:
1. Apa tujuan organisasi itu mahu memperkenalkan modul kita kepada staf mereka.
2. Apa keperluan mendesak organisasi itu.
3. Apa jenis-jenis masalah yang sedang dialami oleh organisasi itu.
4. Latar belakang staf yang akan mengikuti kursus itu nanti.
Selepas mendapatkan maklumat yang betul barulah desainer modul mula mencipta modul khusus untuk pelanggan. Modul itu kemudian dihantar kepada pelanggan. Apabila sudah disetujui maka itulah modul yang akan disampaikan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment