Thursday, May 10, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Pasaran Training dan Pasaran Speaking

Sektor perkhidmatan kepakaran secara komersial:

1. Sektor training dan kursus. Pakarnya dipanggil trainer.

Ini adalah lubuk duit yang besar. Pelanggan korporat di negara ini banyak membeli pakej-pakej yang dibangunkan di luar negara melalui agen-agen yang ditubuhkan oleh pembekal tempatan. Bisnes mengimport pakej luar negara dan memasarkannya kepada korporat-korporat Malaysia didominasi oleh pemain bukan Melayu.

2. Sektor coaching. Pakarnya dipanggil coach. Ada 2 sektor perkhidmatan coaching.

a. Coaching individu.

b. Coaching korporat. Lubuk duitnya berada di sini.

3. Sektor speaking, termasuk ceramah, kuliah, tazkirah. Pakarnya dipanggil speaker.

Sektor speaking paling mudah dimasuki. Dalam sektor ini terdapat banyak amalan tidak beretika, seperti kejadian speaker mengaku dia memiliki ijazah PhD, mengaku profesor, bercakap dalam bidang yang mereka bukan pakar, tidak menulis buku dan tidak melakukan pembacaan yang banyak dll.

Banyak orang menyangka sektor ini lubuk duit, sebenarnya bukan. Pasaran speaking di negara ini masih bibit, belum menjadi pokok besar sebagaimana keadaannya di Amerika. Sebagai contoh, orang belum sanggup membayar RM1k bagi mendengar seorang speaker tempatan bercakap.  

NOTA: Penulis buku Trump ini mempunyai peluang menjadi trainer, ataupun coach, ataupun speaker.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 200 Judul Paling Laku dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 Berdasarkan Jumlah Unit Previous entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Bisnes Training adalah Jual Beli Kepakaran
Zuhairi Mohd Nopiah  on  05/10  at  10:08 AM

Assalamualaikum

Apakah kualiti yang membolehkan penulis menjadi trainer dan coach yang baik?  Mohon pencerahan.  Terima kasih smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/14  at  11:43 PM

Terima kasih atas nasihat dan panduan Puan.Saya akan majukan langkah seterusnya-The Apprentice

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: