Tuesday, May 08, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Bisnes Training adalah Jual Beli Kepakaran

Dalam bisnes training, perkara yang dijual dan dibeli adalah kepakaran. Ini bermakna seseorang itu dapat menjadi trainer hanya apabila dia memiliki sesuatu kepakaran. Pelanggan pula tidak memiliki kepakaran itu, sedang kepakaran itu sangat diperlukannya.

Seseorang itu menjadi pakar apabila dia memliki 2 perkara:

1. Sebagai pakar, dia memiliki ilmu dalam bidang kepakarannya.

Dalam lain kata, dia seorang ilmuwan bidang itu. Ilmu itu diperoleh dari pengajian di universiti, dari buku-buku bacaan, dari penyelidikan dan kajian, serta dari pengalaman.

Seorang penulis buku adalah seorang ilmuwan. Isi kandungan bukunya adalah ilmu yang dimilikinya.

Buku menjadi alat marketing penting bagi seseorang yang mahu menjadi trainer kerana buku menjadi bukti bahawa beliau memiliki kelayakan pertama itu.

2. Sebagai pakar, dia memiliki skill-skill.

Dengan memiliki skill, dia dapat melakukan atau mempraktikkan kerja-kerja dalam bidangnya.

Skill-skill yang dimiliki itulah yang dipindahkan kepada peserta sesi trainingnya, kerana tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada trainee-nya.

Seorang profesor dalam bidang pengurusan perniagaan adalah seorang ilmuwan bidangnya. Dia memiliki ijazah dalam bidang itu, menjalankan penyelidikan bidang itu, dan banyak menulis dalam bidang itu.

Tetapi sang profesor itu belum tentu dapat menjadi seorang pengurus perniagaan yang berjaya. Kalau dia membuka bisnes, bisnesnya belum tentu berjaya.

Dalam situasi itu, sang profesor itu bukan seorang 'pakar perniagaan' oleh itu dia tidak dapat menjalankan tugas-tugas seorang trainer kerana dia hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memiliki skill-skill berniaga.

Seorang pekedai runcit pula mempunyai skill berniaga dalam bidang kedai runcit, tetapi dia belum tentu mempunyai banyak ilmu dalam pengurusan perniagaan, oleh sebab itu dia bukan seorang pakar pengurusan kedai runcit.

Seorang pengurus cawangan hipermarket adalah seorang pakar kerana (i) dia mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan hipermarket dan (ii) dia juga mempunyai skill menguruskan hipermarket. Orang macam dia mempunyai kelayakan menjadi trainer dalam bidang pengurusan sebuah cawangan hipermarket.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Pasaran Training dan Pasaran Speaking Previous entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Tulis Buku yang Dapat Dijadikan Modul Training

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: