Tuesday, May 08, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Tulis Buku yang Dapat Dijadikan Modul Training

Bagi penulis yang mahu menceburi bidang training, adalah sangat penting baginya menerbitkan buku yang menjadi asas kepada modul trainingnya. Sebagai contoh, seseorang yang mahu menawarkan modul berfikir secara kreatif, maka sangat perlu beliau menerbitkan buku dengan tema yang sama.

Buku adalah kit marketing yang paling penting peranannya bagi modul training. Trainer menjadi terkenal dalam pasaran disebabkan bukunya terjual dengan baik. Dengan menulis dan menerbitkan buku juga membolehkan trainer boleh meletakkan harga yang lebih tinggi.

Apabila memilih modul yang mahu ditawarkan, pilih modul yang diuperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Sebagai contoh, modul berfikir secara kreatif diperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Dengan itu modul training itu dapat ditawarkan kepada kedua-dua sektor pasaran.

Modul yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta juga dapat ditawarkan pada harga pasaran yang lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Bisnes Training adalah Jual Beli Kepakaran Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gambaran Palsu daripada Kemeriahan Pesta Buku

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: