Tip Survival Penulis: Kes Terma dalam Perjanjian Penerbitan - Ayamnya Menang, Kampung Tergadai
Banyak penulis baru-mahu-muncul bersikap kurang berhati-hati apabila memilih penerbit disebabkan yang paling penting bagi mereka adalah mahu melihat bukunya terbit.
Dulu-dulu, majoriti penerbit tempatan, terutama sekali penerbit yang dimiliki oleh peniaga inividu, tidak peduli hendak menyediakan perjanjian penerbitan dengan penulis.
Pada masa ini, disebabkan kesedaran masyarakat penulis tentang harta intelek dan hak cipta, para penerbit terpaksa menyediakan perjanjian penerbitan. Namun, terma-terma yang mereka tuliskan dalam perjanjian itu masih banyak mengandungi unsur menekan penulis.
Antara terma yang mesti dibaca betul-betul oleh penulis adalah: Berapa lamakah tempoh penulis setuju memberikan hak penerbitan karyanya kepada si penerbit. Ada penerbit yang memaksa penulis memberikan tempoh 3 tahun, ada yang 15 tahun, ada yang 'selagi ada bulan dan matahari'!
Tempoh itu sangat penting diketahui oleh penulis sebelum menandatangni dokumen perjanjian itu, kerana ini adalah salah satu terma yang boleh menyebabkan penulis mengalami kesan 'ayamnya menang, kampung tergadai....'
Katakanlah tempoh itu adalah 15 tahun, ini bermakna selama 15 tahun itu penulis tidak boleh menghantar karyanya itu kepada mana-mana penerbit lain, walaupun bukunya sudah tidak diulangcetak lagi oleh penerbit asal. Padahal, dalam jangka 15 tahun itu mungkin buku itu dapat dibaiki, diolah semula, lalu diterbitkan dengan penerbit lain.
Nota: Di PTS, tempoh itu adalah 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempoh 3 tahun, jikalau dalam tempoh 14 hari penulis tidak mengemukakan apa-apa bantahan kepada PTS, maka automatik tempoh itu disambung 3 tahun lagi, dan begitulah seterusnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment