Monday, November 22, 2010

Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku

PTS sudah menerbitkan 20 judul novel fantasi. Namun sangat sedikit yang diulangcetak.

Novel 'Pahlawan Adamus' adalah salah sebuah yang diulangcetak. Feedback dari pembaca mengatakan mereka puas hati membaca novel tebal ini disebabkan daya imaginasi pengarangnya yang tinggi.

Dengan menganalisis novel-novel fantasi yang tersadai di dalam gudang PTS, didapati  ciri-ciri novel fantasi yang tidak laku dalam pasaran adalah seperti di bawah:

(i) Nipis.

Ukuran 'nipis' adalah kurang daripada 350 halaman.  Cerita yang baik, gaya bahasa yang indah, dan imaginasi yang tinggi sekalipun, apabila bukunya nipis, orang tidak teringin mengambilnya dari rak buku di dalam kedai buku.

Komplen yang popular diterima dari pembeli buku adalah 'tidak puas dibaca'.

(ii) Ceritanya tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur sejarah alam Melayu ataupun Nusantara, yakni tidak mempunyai unsur historisiti.

(iii) Judul yang pelik.

Maksud judul yang 'pelik' adalah perkataan judul yang bukan perkataan Melayu, dan juga bukan perkataan yang ada dalam kamus mana-mana bahasa, yakni perkataan yang direka-reka sehingga pembaca tidak dapat mengagak apa maknanya. Dari sudut pandang teori interteks, judul itu tiada mempunyai unsur interteks sama sekali.

(iv) Judulnya perkataan Melayu yang 'pelik'.

Judulnya menggunakan perkataan Melayu tetapi perkataan itu tidak biasa digunakan dalam kehidupan sehari-harian, sehingga pembaca Melayu pun tidak tahu apa makna perkataan itu.

(v) Nama-nama watak yang 'pelik'.

Nama yang 'pelik' adalah nama-nama watak yang tidak dapat dikaitkan dengan perkataan Melayu, oleh itu tidak dapat diketahui maknanya ataupun kaumnya. Nama yang pelik itu direka-reka dengan tidak menggunakan teori makna, oleh itu pembaca tidak dapat menggambarkan ciri-ciri personaliti watak-watak itu.

(vi) Nama tempat yang 'pelik', yang tiada kaitan dengan perkataan Melayu dan alam Melayu-Nusantara.

Novel fantasi yang laku dalam pasaran adalah novel-novel yang kuat unsur-unsur interteks sejarahnya. Ini bermakna penulis fiksyen fantasi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Unsur Futuristik dalam Hikayat-Hikayat Melayu Previous entry: Tip Survival Penerbit Fiksyen: Laut Biru Novel Fantasi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/24  at  02:30 AM

Setuju.

Judul seperti “Eragon” tidak menarik perhatian saya, sebaliknya “The Lost Symbol” nampak lebih menarik - mungkin sebab saya boleh agak perca kandungan melalui judul. Cerita berunsurkan sejarah juga lebih saya minati berbanding cerita dongeng khayalan ala Saga Artakusiad.

Ingin saya tambah, penulis novel fantasi juga perlu ada sedikit sebanyak pengetahuan luas tentang gaya hidup pelbagai bangsa, budaya dan comparative religion.

Pemerhatian yang tajam dan membantu! Syabas Puan Ainon smile

Mastura

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/28  at  12:31 PM

Salam,

Pada saya ada dua golongan pembaca buku fantasi. Yang pertama ialah yang suka membaca buku fantasi (Inggeris dan BM). Yang kedua ialah yang suka tengok wayang fantasi. Pada saya jika PTS hendak pikat pembaca buku fantasi, golongan pertama lebih berbaloi dipikat. Mereka pembaca tegar. Golongan kedua lebih seasonal dan bermusim.

Ciri-ciri buku fantasi barat dan BM (versi Ramlee Awang Mursyid) ialah:
- Tebal (Siri Malazan book of the Fallen, setiap buku lbh kurang 800 ms per buku!)
- bersiri-siri (Robert Jordan’s sampai 13 buku!)

Tajuk buku pula… saya rasa tajuk buku dalam siri Eragon menarik. Nama Eragon nama yang boleh diterima dalam siri fantasi barat. (Aragorn ialah watak hero dalam Lord of the Ring). Cik Mastura mungkin rasa kurang menarik mungkin sebab Cik Mastura tidak biasa dengan buku fantasi barat. Buku-buku Ramlee Awang Mursyid juga guna pendekatan tajuk pelik. Ada satu buku PTS bertajuk pelik. Saya tidak beli buku ini. Tajuknya membuat saya terliur, tetapi bukunya yang nipis membuat saya kurang selera mahu beli buku ini.

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai pembaca yang rasanya dah habiskan beribu-ribu ringgit beli buku fantasi.

Mohd Aizad Zaidi  on  12/02  at  01:01 PM

Pada pendapat saya, memang benar buku genre fantasi kurang menarik perhatian peminat. Saya ada telah membaca salah satu novel terbitan PTS. Setelah membacanya, terdapat banyak kekurangan dalam buku sehingga menyebabkan kurang berminat untuk membaca. Pertama sekali, jalan cerita hanya banyak persoalan. Kedua, jalan cerita banyak diputar belit dan susah difahami. Hal ini kerana, penulis terlampau ‘fanatik’ sehingga banyak isi kandungan sukar difahami. Ketiga pula, jalan cerita telampau ‘rush’, tidak memainkan fokus utama. Keempat, banyak kesalahan ejaan. Lagi teruk, kaver buku tidak sama dengan isi cerita.

Penulis perlu membuat revision cara untuk menarik minat pembaca seperti terbitan bloomsbury- J.K Rowling, siri Harry Potter menjadi ikon pembaca genre fantasi. Penulis perlu menyelit ‘refelcting-social’ dalam bukunya seperti, ‘diversity’, ‘racism’, ‘subculture’, dan juga agama. Tidak perlu membuat jalan cerita terlampau ‘baik hati’ dan nilai moral positif sepanjang muka surat. Sungguh bosan! Penulis perlu menunjukkan perubahan main character-nya dalam cerita. Adakalanya dalam isi cerita ada kekejaman, keperitan, kesusahan dan sebagainya. 

Sekian…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.