Wednesday, November 17, 2010

Tip Survival Penerbit Sastera Remaja: “Berbeza ataupun Berkubur”

Sektor sastera remaja sudah berada di ambang Laut Merah. Setiap bulan sekitar 20 judul baru diterbitkan dan ditawarkan kepada kedai-kedai buku supaya dipamerkan di rak kedainya.

Sesuatu pasaran itu dikatakan 'laut merah' apabila dalam sektor itu sudah ada 'budak-budak besar'nya (Big Boys). Ini bermakna jika ada pemain baru mahu masuk ke dalam sektor itu, dia perlu bersaing dengan budak-budak besar itu.

Disebabkan pembeli sastera remaja membeli buku menggunakan wang saku sekolah, ataupun peruntukan khas yang diminta dari ibu bapa, mereka tidak dapat membeli lebih daripada 2 ataupun 3 judul sebulan.

Dalam teori familiariti, apabila pembeli disogokkan dengan banyak dan pelbagai pilihan, mereka akan berasa khuatir terbeli produk yang salah, yakni tidak berkualiti. Bagi mengelakkan risiko tersalah pilih, pembeli terdorong memilih produk yang mereka sudah biasa (familiar). Produk itu adalah produk keluaran big-boys.

Ini tidak bermakna pemain baru tidak berpeluang masuk padang di mana sudah ada nama-nama besar bermain di dalamnya. Ini bermakna pemain baru tidak boleh menawarkan produk yang serupa dengan produk big-boys itu.

Pemain baru mesti menawarkan produk yang 'berbeza'. Pemain baru tiada mempunyai pilihan lain. Teori familiariti mengatakan jika pemain-pemain baru menawarkan produk yang serupa dengan produk big-boys, nasib produk itu akan 'berkubur'.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Anak-Anak Kelas Menengah Melayu dan Pasaran Buku Sastera Remaja Melayu Previous entry: Hakim Mahkamah Rayuan Membaca Sastera Melayu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.