Tuesday, September 28, 2010

Tip Survival Penulis: Elakkan Fenomena Menerbitkan Banyak Buku Tetapi Tidak Memiliki Harta Intelek

Dari sudut teorinya, setiap buku adalah 'harta intelek'. Namun dalam alam realiti, buku yang tidak menghasilkan wang tidak dapat disebut sebagai 'harta' dalam erti kata yang sebenar.

Sebagai penulis, antara skill yang perlu mereka miliki adalah skill survival sebagai penulis.

Aktiviti berkarya memerlukan modal yang banyak kerana kos modal penulisan sememangnya tinggi.

Penulis perlu membeli buku-buku yang baik dan mahal untuk perpustakaan peribadi mereka. Ini adalah keperluan asas dalam bidang penulisan.

Mereka perlu berjalan dan mengembara kel luar negara supaya input-input dalam karya mereka menjadi lebih menarik dan sedap dibaca.

Penulis perlu menghadiri banyak seminar dan persidangan supaya ilmu mereka semakin banyak, network bertambah luas dan idea-idea mereka diketahui ramai.

Mereka memerlukan bilik bacaan di rumah sendiri yang berhawa dingin kerana iklim negara ini panas dan lembap yang menyebabkan tidak selesa jika mahu membaca dan menulis pada waktu siang. 

Sebelum menghasilkan karya yang berkualiti tinggi, para penulis perlu melepaskan diri daripada masalah tidak cukup wang untuk perbelanjaan harian anak isteri. Semuanya memerlukan wang yang banyak. Mereka memerlukan taraf hidup dan gaya hidup yang respectable.

Banyak penulis berjaya menulis dan menerbitkan banyak buku mereka, termasuklah buku yang diterbitkan oleh penerbit gergasi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), namun buku-buku itu tidak menjadi harta intelek dalam erti kata buku-buku itu tidak terjual dengan banyaknya dan menghasilkan pendapatan yang tinggi.

Banyak juga penulis yang berjaya menerbitkan berpuluh-puluh judul. Namun mereka tidak menikmati bayaran royalti yang tinggi hasil daripada jualan buku-buku mereka, oleh hal yang demikian mereka terpaksa hidup dengan memiliki pekerjaan lain sepenuh masa. Akibatnya, mereka tidak dapat menghasilkan karya dengan lebih konsisten.

Di satu pihak lain, sudah ada penulis-penulis di negara kita yang berjaya menghasilkan banyak buku yang bagus-bagus kualitinya, dan apabila diterbitkan terbukti buku-buku mereka itu menjadi harta intelek yang menghasilkan royalti yang banyak. Dengan wang royalti yang diterima mereka mampu hidup selesa sebagai penulis sepenuh masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Risiko Memberi Diskaun Terlalu Tinggi kepada Agen Previous entry: Mahu Membaca Buku di Dalam Kedai Buku tetapi Dihadapkan ke Mahkamah atas Tuduhan Mencuri
Mohd Zulfadli  on  09/29  at  06:43 PM

Puan, satu artikel yang amat menggugah jiwa saya untuk terus bercita-cita menjadi seorang penulis sepenuh masa.

Cuma saya ada dua persoalan yang tiada dinyatakan di dalam artikel di atas, iaitu mengenai sumber pendapatan seorang penulis selain royalti. Sebelum itu, saya memohon maaf jika soalan berikut adalah persoalan yang remeh dan telah pun diperbincangkan.

1. Apakah cadangan puan terhadap penulis sepenuh masa agar mereka tidak hanya menunggu wang royalti bagi menyokong sara hidup mereka? Apakah yang mereka boleh lakukan sementara menunggu bayaran royalti?

Saya melihat, seorang penulis tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada ‘harta-harta intelek’ mereka, sebaliknya perlu mencipta dan merebut peluang yang pelbagai. Contohnya memberi ceramah, menganjurkan bengkel dan seumpamanya.

2. Bagaimana dengan seorang trainer yang memfokus kepada ‘training’, tetapi mendapat tawaran untuk berucap (memberi ceramah), adakah wajar mereka menerima tawaran itu? Saya pernah bertanya soalan ini kepada puan, tetapi saya mahu bertanya untuk kali kedua kerana saya sering mendapat undangan sebegini.

Mohon pandangan dan pencerahan daripada puan.

Terima kasih.

Yang bertanya,
Bakal Penulis Sepenuh Masa

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.