Tuesday, May 24, 2011

Tip Survival Penulis: Memahami Musim-Musim Orang Membeli Buku

Buku adalah sejenis produk konsumer, yakni produk yang dibeli menggunakan wang milik peribadi.

Bisnes jualan produk konsumer mempunyai musim-musimnya sendiri. Ada buku yang laku dijual sepanjang tahun, manakala ada pula buku yang jualannya perlahan pada hari-hari biasa tetapi naik mendadak pada musim tertentu sahaja.

Sebagai contoh, buku-buku agama laku sepanjang tahun, tetapi jualannya naik mendadak bermula 2 bulan sebelum bulan puasa tiba. Walaupun begitu, bukan semua buku agama laku keras sebelum bulan puasa. Buku-buku agama yang bertemakan ibadah untuk membersihkan kalbu cenderung lebih laku daripada buku-buku agama yang bertemakan bisnes dan pengurusan dan tema-tema seperti itu.

Sebaik-baik bulan puasa bermula, jualan buku-buku agama menurun, manakala jualan buku resipi biskut raya laku keras.

Dua minggu sebelum dan selepas hari raya, jualan novel kanak-kanak dan novel remaja naik mendadak. Ini disebabkan oleh 2 faktor, iaitu (i) faktor cuti raya dan (ii) duit raya. Jualan novel-novel dewasa yang bertemakan agama juga naik sepanjang musim jualan raya.

Buku-buku panduan haji pula laku keras sebelum kursus-kursus haji dimulakan.

Pola musim-musim jualan buku ini berulang-ulang setiap tahun. Jabatan editorial menerbitkan judul buku bagi memastikan buku-buku yang berkaitan sudah ada di dalam kedai-kedai buku sebelum lebih awal sebelum musim bermula.

Ini bermakna penulis-penulis semestinya sudah menghantar manuskrip mereka 6 bulan sebelum musim. Sebagai contoh, bulan puasa dan raya jatuh pada bulan Ogos. Ertinya, pada bulan Februari manuskrip mesti sudah sampai ke meja editor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jadual Iklan Berbayar untuk Kempen Promosi Cuti Sekolah dan [email protected] oleh Jabatan Pemasaran PTS Previous entry: POPULAR Melancarkan Kempen Promosi Besar-Besaran Menjelang Musim Bulan Puasa dan Raya

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.