Wednesday, August 15, 2012

Tip Survival Penulis: Mencipta Inovasi Evergreen

Buku adalah barangan konsumer. Dari sudut itu, posisi penerbit buku dan penulis buku adalah serupa dengan posisi penerbit muzik dan pencipta lagu, ataupun dengan pekedai butik dan pereka fesyen. Mereka sentiasa terpaksa melayan fitrah konsumer.

Citarasa konsumer mudah bosan, oleh itu mereka sentiasa mahukan produk-produk terbaru. Ini memaksa penerbit buku, penerbit muzik dan pekedai butik sentiasa mengeluarkan produk-produk inovatif dari masa ke masa.

Para penulis terpaksa melayan kehendak penerbit buku supaya dari masa ke masa mereka mencipta inovasi pada karya mereka.

Sesetengah inovasi dapat bertahan lama dalam pasaran. Contoh terbaik adalah inovasi yang dimulakan oleh Tn. Abdul Latip Talib dengan siri novel sejarah Islamnya.

Novel-novel Tn. Abdul Latip Talib sudah 6 tahun berada dalam pasaran, dan masih laku dijual, malah peminat beliau bertambah banyak, lalu menghasilkan pulangan royalti yang luar biasa tingginya.

Inovasi yang beliau mulakan itu kini sudah ditiru oleh penulis-penulis novel sejarah lain.

Sesetengah inovasi pula tidak dapat bertahan lama. Karya itu cepat terkeluar dari pasaran.

Hayat pasaran buku sangat memberi kesan ke atas ekonomi jangka panjang penulis. Karya yang meletup-letup jualannya semasa mula-mula terbit belum tentu dapat diulangcetak tahun demi tahun. Akibatnya pendapatan royalti penulis cepat merudum.

Jadi, demi memastikan penulis menerima royalti yang berpanjangan, mereka perlu mencipta inovasi yang evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis Sastera Remaja: Elakkan Unsur-Unsur Trendi Previous entry: TOP 200 Jualan Judul PTS bagi Tempoh 1 Jan - 30 Jun 2012 Berdasarkan Unit Terjual

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.