Monday, September 13, 2010

Tip Survival Penulis: Mengapa Manuskrip yang Baik Tidak Menjamin Kejayaan Buku dalam Pasaran

Banyak penulis yakin jika isi kandungan manuskripnya bagus, maka apabila manuskrip itu sudah terbit sebagai buku tentulah pasaran bukunya terjamin. Dengan keyakinan seperti itu mereka memfokuskan pemikiran kepada usaha menghasilkan isi kandungan yang baik.

Realitinya, jika kita pergi ke kedai buku maka kita dapat tengok banyak buku yang baik isi kandungannya laku keras, tetapi tidak kurang juga buku-buku yang baik isi kandungannya tidak laku keras, malah tidak bergerak langsung dari rak, sebaliknya banyak buku yang tidak berapa baik isi kandungannya laku keras.

PTS mahukan buku-buku yang baik isi kandungannya dan laku keras. Itulah sebabnya PTS melabur dalam program melatih penulis-penulisnya sendiri supaya mereka mengetahui strategi dan teknik menghasilkan buku-buku seperti itu. 

Isi kandungan hanyalah salah satu daripada banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan buku dalam pasaran. Ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada isi kandungan yang baik (yakni baik pada kaca mata sang penulis sendiri).

Sebahagian faktor yang menentukan kejayaan buku ada pada pihak penerbit, maka isu pemilihan penerbit menjadi penting. Namun, pemilihan penerbit yang betul pun tidak menjamin buku sang penulis itu akan berjaya dalam pasaran.

Jika penulis mahu supaya bukunya dipromosi oleh penerbit, penulis perlu tahu cara-fikir pengurusan jabatan marketing semasa mendesain strategi, taktik dan aktiviti marketing yang dijalankan.

Di sisi lain, sebahagian faktor kejayaan buku ada pada penulis itu sendiri, maka hanya penulis yang dapat mengawalnya. Sebagai contoh, faktor kemahiran menjalin hubungan kerja yang profesional dengan editor adalah faktor kritikal, justeru penulis perlu memahami perkara-perkara yang mendorong editor suka bekerja dengan sesetengah penulis tetapi tidak suka bekerja dengan sesetengah penulis lain.

Penerbit besar mempunyai beratus-ratus orang penulis dan beribu judul buku. Penerbit mempunyai kriteria memilih penulis mana dan buku mana yang akan dipromosi dengan bajet yang besar....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat dari Pengurus AinMaisarah: Perlunya Blog dan Facebook Dijadikan Alat Penjenamaan Previous entry: Laut Biru: Buku Agama untuk Perempuan Muda dan Modern

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.