Wednesday, July 14, 2010

Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Menguasai Bahasa

Di negara kita, dalam bidang kesenian dan sukan, banyak individu dapat hidup sepenuh masa dengan bermodalkan bakat yang mereka miliki. Pemain gitar pun dapat hidup sepenuh masa dengan gitarnya.

Gitaris yang dapat hidup dengan bermain gitar adalah gitaris yang menguasai gitarnya.

Sebagaimana pemain gitar profesional menguasai gitarnya, demikianlah penulis profesional menguasai bahasanya. Selepas menguasai gitarnya, barulah dia memilih lagu apa yang mahu dimainkannya.

Demikianlah halnya bagi penulis. Selepas menguasai bahasanya, barulah penulis memilih cerita apa yang mahu ditulisnya.

Justeru, seperti sang gitaris, jika penulis mahu hidup sebagai penulis sepenuh masa, yang pertama-tama adalah menguasai bahasa.

Yang dikatakan 'karya sastera' itu ada pada 'mutu bahasa'-nya. Cerita yang serupa, ditulis dengan bahasa yang berbeza, ia dapat menghasilkan sama ada sebuah karya sastera ataupun setakat buku cerita biasa-biasa sahaja.

Menguasai gitar bermakna fasih memainkan gitar dengan teknik-teknik yang betul supaya bunyi yang dihasilkan kedengaran indah.

Menguasai bahasa bermakna fasih menulis dengan menggunakan aturan-aturan bahasa yang betul supaya ayat-ayat yang dihasilkan indah dibaca.

Penguasaan bahasa bermakna menguasai 2 unsur. Pertama, menguasai tatabahasa. Kedua, menguasai gaya bahasa sastera.

Tatabahasa adalah unsur penting dalam gaya bahasa sastera. Tatabahasa yang betul melahirkan ayat-ayat yang betul. Tatabahasa yang salah tidak dapat menghasilkan gaya yang indah dibaca.

Selepas menguasai tatabahasa, seterusnya barulah kita dapat bereksperimen dalam usaha mencipta gaya sastera yang indah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Musim Raya Sudah Mula Keluar Gudang PTS Previous entry: Tip Survival Penerbit: Dilema Berniaga dengan Kedai Buku Kecil

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: