Tip Survival Penulis: Nama Penulis adalah Brand
Dalam dunia bisnes yang sangat kompetitif hari ini, brand adalah sumber profit. Dunia bisnes buku pun serupa sahaja dengan bisnes-bisnes lain.
1. Penerbit mesti menjadikan namanya sebagai brand terkenal. Justeru PTS mesti melaburkan wang bagi mempromosikan nama 'PTS' sebagai brand terkenal.
2. Penulis mesti menjadikan namanya menjadi brand terkenal. Contoh penulis yang namanya sudah menjadi brand adalah 'Ain Maisarah' dan 'Abdul Latip Talib'.
3. Penterjemah mesti menjadikan namanya brand terkenal. Nama penterjemah boleh menyebabkan buku yang diterjemahkan laku ataupun tidak. Pembaca juga boleh meminati gaya terjemahan seseorang penterjemah.
4. Pekomik mesti menjadikan namanya brand terkenal. Pekomik ada seperti penulis, mereka mempunyai peminat masing-masing.
5. Ilustrator buku mesti menjadikan namanya brand terkenal. Ilustrator juga boleh menyebabkan buku laku ataupun tidak.
Buku adalah barangan konsumer. Dalam dunia bisnes barangan konsumer, brand adalah segala-galanya. Bagitu banyak pilihan di hadapan mata. Akhirnya brand menjadi pilihan.
Ada brand, ada profit. Tidak ada brand, tidak ada profit.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum puan dan tim PTS. Semoga semuanya sentiasa dikurniakan kesihatan yang paling baik, amin.
Ini tepat sekali puan. Saya menggemari setiap hasil tulisan Tn. Abdul Latip Talib. Saya jatuh cinta pada novel sejarah beliau yang pertama kali saya baca - Salahuddin Ayubi, Penakluk Jerusalem. Selepas habis baca novel itu, saya memburu tiap hasil karyanya yang lain.
Satu lagi kekaguman saya buat beliau ialah, beliau sangat konsisten dan sangat aktif menulis, hampir selang beberapa bulan, pasti ada sahaja karya baru beliau di terbitkan. Syabas saya ucapkan, moga beliau terus di ilhami dengan idea-idea yang baik, kerana penulisan beliau sangat bagus.
Moga-moga PTS terus mantap dan berkembang, amin. Wassalam.
Terima kasih Puan atas diskusi kuliah yang penting kepada saya ini.
Post a comment