Sunday, December 26, 2010

Tip Survival Penulis Novel Remaja: Buku Bersaing dengan Topap

Jika tuan adalah penulis novel remaja, persaingan tuan bukan penulis-penulis lain. Pesaing tuan yang paling besar adalah handphone yang dipegang oleh remaja!

Tidak sebagaimana buku kanak-kanak yang dibeli oleh ibu-ibu, buku remaja dibeli oleh remaja.

Remaja mempunyai sumber kewangan yang amat terbatas. Dengan duit yang sedikit itu, mereka harus memilih apakah mahu membeli topap prepaid ataupun membeli buku. Yang jelas, mereka akan memilih membeli topap dahulu. Jika selepas membeli topap, masih ada wang berbaki, mungkin mereka membeli buku.

Inilah situasinya yang perlu dianalisis dengan teliti, baik oleh penerbit mahupun oleh penulis.

Penerbit perlu melakukan 2 perkara yang kritikal peranannya:

(i) Menerbitkan judul-judul novel remaja yang sangat menggoda remaja. Aspek ini sukar dilakukan kerana ia bergantung kepada keupayaan penulis bagi menghasilkan judul-judul sedemikian.

(ii) Mencipta strategi pemasaran buku-buku remaja yang dapat bersaing dengan topap. Aspek ini pun sukar kerana topap sudah menjadi keperluan kepada remaja, manakala buku bukan keperluan.

Dalam situasi seperti ini, target pembeli sastera remaja adalah mereka yang mempunyai kuasa beli tinggi di mana mereka mampu membeli topap dan juga buku. Dengan itu saiz pasaran ini tidak sebesar yang diharapkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Buku untuk Jadual Kempen Promosi dalam Slot Radio dan Televisyen Previous entry: Iklan! Blog Teori dan Teknik Mencipta Kisah Superhero Islamik
Syaizul Amal  on  12/27  at  12:02 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Semoga Puan diberikan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah.

Ini adalah satu isu penting yang perlu ditangani oleh penulis dan penerbit.

Remaja adalah satu komuniti yang masih tercari-cari identiti dan tidak loyal. Kita mesti menggunakan pelbagai strategi untuk memikat hati mereka.

Antara strategi yang digunakan oleh AinMaisarah adalah dengan memerangkap para remaja dengan jalan cerita.

Selalunya kami akan berikan satu cerita secara percuma, ini membuatkan mereka ingin tahu lebih lanjut. Inilah sebabnya kami memberi Novel Comel percuma bersama setbox IMPIANA dan bukannya sticker, kad ucapan atau penanda buku.

Perasaan ingin tahu dan mahu mencuba adalah perkara yang boleh kita gunakan untuk memenangi hati mereka.

Dengan memahami kelebihan dan kelemahan generasi milenium, kita akan menangi 50% dari pasaran ini.

Syeila  on  01/03  at  01:48 PM

Salam Puan,

Saya rasa terpanggil untuk membawa isu bagaimana buku-buku remaja ini sering terdapat di rak yang salah di kedai-kedai buku. Contohnya buku Diari Mat Despatch karya Baharudin Bekri terdapat di rak buku kanak-kanak di kedai buku MPH. Di mana saya merasakan buku beliau tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Sedangkan buku beliau sepatutnya berada sebaris dengan buku-buku remaja (13 tahun dan ke atas). Ketika saya di bangku sekolah dahulu, buku-buku karya Ahadiat Akashah disifatkan sebagai buku remaja bukan bacaan dewasa. Mungkin ketika itu, buku kanak-kanak tidaklah banyak seperti sekarang ini. Jadi buku-buku nipis selalu menampakkan bahawa buku tersebut untuk bacaan remaja. Cadangan saya untuk memudahkan pekerja-pekerja kedai buku (yang menurut pandangan saya adalah orang tidak membaca buku hanya cuma bekerja) dengan meletakkan seperti label ‘untuk bacaan remaja’, ‘untuk bacaan kanak-kanak’ dan ‘untuk bacaan dewasa’. Ini bukan saja memudahkan mereka tapi memudahkan kami pembeli-pembeli buku supaya tidak tercari-cari sesuatu karya itu yang sebenarnya diletak di ruang salah. Saya juga berpandangan bahawa cara ini dapat memudahkan ibu bapa memilih buku bersesuaian untuk anak-anak mereka. Cuma pandangan yang bukan sahaja sesuai untuk PTS malah syarikat yang lain.

Izwan Wahab  on  01/07  at  01:14 AM

Assalamualaikum W.B.T
Semoga Allah mempermudahkan urusan puan dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk puan dan juga untuk PTS.

Pada pendapat saya, terdapat satu lagi cara untuk mengatasi situasi ini iaitu dengan membina sistem sms ala Twitter yang dapat meminimakan pembelian topup oleh remaja.

Mungkin jika remaja Malaysia mempunyai alternatif untuk berjimat dalam berhubung maka pembelanjaan topup akan berkurang dan seterusnya membesarkan bajet pembelian buku mereka.

(Saya sedang membina prototaip untuk sistem sebegitu. smile )

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.