Tuesday, August 21, 2012

Tip Survival Penulis Sastera Remaja: Elakkan Unsur-Unsur Trendi

Sesuatu yang trendi tidak dapat bertahan lama dalam pasaran. Trend sentiasa berubah-ubah. Produk-produk yang berdasarkan trend mempunyai hayat pasaran yang pendek.

Perkara-perkara yang mungkin mempunyai ciri-ciri trendi pada sesebuah karya kreatif:

1. Gaya bahasa

2. Gaya penceritaan

3. Bahan cerita

4. Tema dan persoalan

Produk-produk trendi boleh dijual dan laku keras semasa awal-awal fasa permulaan trend baru itu.  Kemudian jualan akan mendatar, dan selepas itu menurun dan merudum.

Salah satu faktor penurunan jumlah jualan adalah disebabkan munculnya banyak penerbit dan penulis lain yang meniru trend itu sehingga berlaku lambakan. Ini boleh berlaku dengan cepat dan mudah disebabkan produk-produk trendi memang sangat mudah dapat ditiru.

Akibatnya, pendapatan royalti penulis juga tidak tahan lama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Kawal Bajet Percetakan Previous entry: Tip Survival Penulis: Mencipta Inovasi Evergreen

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.