Friday, February 10, 2012

Tip Survival Penulis: Siapa Pembaca Buku Kita

Seth Godin menulis:

Rule one: You can build a business on the foundation of great customer service.

Rule two: The only way to do great customer service is to treat different customers differently.

The question: Who is your customer? It's not obvious.

Pertama: Penerbit mesti menetapkan kepada siapa buku-buku terbitannya ditujukan.  Buku-buku yang diterbitkan untuk bacaan anak-anak orang bandar yang berduit mesti memenuhi citarasa anak-anak orang bandar yang berduit. Cerita-cerita yang disukai oleh anak-anak orang bandar mempunyai ciri-cirinya sendiri.

Kedua: Penulis mesti menetapkan kepada siapa bukunya ditulis. Orang agama membeli buku-buku agama mereka di kedai-kedai buku indie. Orang profesional membeli buku-buku mereka di kedai buku elit. Penulis perlu ikut strategi penerbit. Buku-buku agama yang disukai oleh golongan profesional tidak boleh diterbitkan serupa dengan buku-buku yang disukai oleh golongan ustaz-ustaz kampung.

Jika penerbit menerbitkan buku-buku agama yang ditargetkan kepada jualan melalui kedai-kedai buku agama indie, penulis perlu menulis sesuai dengan strategi penerbit itu.

NOTA: Contoh penulis yang paling jelas menetapkan siapa target pembacanya adalah AinMaisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Menulis Buku yang Export-Ready Previous entry: Tip Survival Penerbit: Strategi Menembusi Sektor Kelas Menengah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: