Saturday, September 03, 2011

Tip Survival Penulis: Tidak Menyebut Teknologi Trendi

Puan Farihah Iskandar adalah penulis siri Dear Yayah yang sangat berjaya dalam pasaran. Siri Dear Yayah sudah berada dalam pasaran selama 6 tahun, dan permintaannya masih terus ada.

Beliau memberi tip bagaimana mahu menghasilkan karya yang dapat bertahan lama dalam pasaran, dan sentiasa kekal semasa.

Menurut Puan Farihah Iskandar, beliau tidak menyebutkan nama-nama teknologi ataupun nama-nama brand semasa yang popular. Ini bagi mengelakkan karyanya menjadi ketinggalan zaman akibat kemajuan teknologi yang amat deras.

Sebagai contoh 4 tahun yang lalu remaja sangat kenal laman sosial Friendster. Kini nama itu sudah tidak kedengaran lagi. Ia digantikan dengan Facebook.

Menurut beliau, faktor yang paling penting adalah ceritanya mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat bertahan dalam pasaran. Teknologi datang dan pergi. Brand komersial pun datang dan pergi. Cerita yang indah kekal dalam ingatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Chairman PTS ke Turkey 5 - 21 September Previous entry: Siri Dear Yayah adalah Siri Novel Remaja Paling Berjaya
Ahya Ijja  on  09/13  at  03:17 AM

Wah, kaedah dan tips ini juga ada disebutkan dalam buku Panduan Menulis Menggunakan Teknik Surah Yusuf.

Memang relevan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.