Wednesday, August 01, 2007

Tip-tip Poligami

Bukan! Bukan poligami yang konvensional itu.

Ini kita bercakap tentang poligami penulis dengan penerbit.

Sifu menerima surat bertanyakan apa perlunya setia kepada sebuah penerbit? Apa pula ruginya?

Setiap sesuatu ada baiknya dan buruknya. Begitulah fitrah ciptaan Tuhan yang maha bijaksana.

Apabila saudara sudah mempunyai penerbit yang baik, itu tidak bermakna saudara terpaksa menyerahkan semua karya saudara kepada penerbit itu sahaja.

Ada waktunya buku baru saudara itu tidak temasuk dalam sektor penerbit itu, maka elok sekali saudara menerbitkannya dengan penerbit lain.

Cara yang betul adalah dengan menulis emel kepada editor saudara dan memaklumkan kepada beliau bahawa saudara sedang menulis buku terbaru saudara. Tanyakan kepada editor saudara apakah beliau berminat dengan karya itu, jika tidak, maklumkan bahawa saudara berniat mencari penerbit lain.

Komunikasi yang terbuka seperti itu mengekalkan hubungan baik dan rasa saling percaya mempercayai antara saudara dengan penerbit saudara.

Di bumi Malaysia yang tercinta ini, jumlah penerbit yang baik tidak banyak. Jadi menjaga supaya hubungan baik dengan penerbit berkekalan adalah sangat penting.

Pendek kata, saudara boleh kahwin banyak penerbit, tetapi lakukan secara terbuka, beritahu isteri yang ada niat saudara hendak berpoligami. InsyaAllah, tidak ada risiko bercerai-berai....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Sai-Fai dan Fantasi Klasik Previous entry: Hubungan Tidak Sihat antara Pengedar dan Penerbit
rastom  on  08/01  at  11:25 PM

Ini buku Tuanku Alang? Saya mahu beli boronglah!
——-

Alang Kelana  on  08/02  at  12:43 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

(minta laluan…)

Tuan Rastom, Ini baru buku 1…kalau ikutkan ‘formula’ poligami,  bilangan yang bagus ialah…4 buku… smile

norlelazubir  on  08/02  at  08:09 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,
(tumpang lalu)

Tuan Alang,

Tahniah. Buku tuan ini menarik sekali.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: