Thursday, September 06, 2007

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Warna Kereta

Apabila saudara menceburi bisnes training, bagaimana penampilan saudara sewaktu datang ke premis pelanggan amat mempengaruhi persepsi pelanggan ke atas peribadi dan personaliti saudara.

Antara faktor yang berperanan mencipta persepsi positif tentang diri saudara adalah warna kereta yang saudara pandu.

Ada warna kereta yang menyebabkan orang melihat saudara sebagai seorang yang teknikal, rasional, kredibel, profesional, berintegriti, dan stabil.

Ada warna kereta yang menyebabkan saudara dilihat seorang yang berhati muda, emosional, impulsif, suka main-main, tidak serius, tidak profesional.

Ada warna kereta yang menyebabkan saudara dilihat sebagai seorang yang baik, jujur, ikhlas dan lurus.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Klausa dalam Perjanjian: Hati-hati Apabila Penulis Mahu Berpoligami dengan Penerbit Previous entry: Apabila Saudara Dilamar Penerbit Lain
Siti Hajar  on  09/06  at  10:33 AM

Salam Puan,

Ini isu menarik. Apa warna-warna yang Puan maksudkan?

Siti Hajar
——-

MBA  on  09/06  at  10:41 AM

Salam;

Warna kereta saya sama dengan warna kereta Sifu.
(kereta sama hitam, hati lain-lain) smile


BTW
1. Lebih daripada 50% kenderaan di Jepun berwarna putih.

2. Ada negara yang mengenakan insuran lebih mahal bagi pemilik kereta warna merah, kerana pemandunya lebih agresif dan lebih banyak terlibat dalam kemalangan.

.

MBA-san,

Di German, persepsi kepada pemandu kereta BMW siri 3 berwarna hitam adalah serupa dengan warna merah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/06  at  10:43 AM

Puan Sifu,

Warna apa yang sesuai bagi menyatakan diri trainer sebagai seorang yang rasional, kredibel, profesional, berintegriti,  stabil dan ikhlas.

Mengikut entri Puan sebelum ini, kenderaan suv lebih mudah bagi disesuaikan bagi memenuhi jemputan training. Adakah Puan mencadangkan Nissan X-trail, Honda Crv atau Toyota Fortuner bagi dimiliki oleh trainer ?

Bagaimana jika trainer memilih kereta Toyota Camry ?

Amiene Rev  on  09/06  at  12:28 PM

Saya mahu kereta yang berwarna pearl atau silver. Warna ini tidak menyerap haba. Warna hitam menyerap haba.

Md Hazali  on  09/06  at  01:07 PM

Assalamualaikum,

Saya sangkakan perbincangan tentang kereta dan trainer telah tamat. Rupanya bersambung lagi, kali ini tentang warnanya pula.

Saya seorang trainer yang kecil-kecilan. Bila keadaan mengizinkan (seperti tidak hujan atau gout pada kaki) saya akan ke tempat pelangan dengan kenderaan JFV (JFV = Jam Free Vehicle, motosikal la tu) saya.

Tentang warna, tidak pernah saya ambil pusing.

Wassalam.

Abu Marwan  on  09/06  at  02:42 PM

Saya memandu Iswara merah. Baru-baru ini ketika sedang menunggu rakan di hadapan HUKM, seorang lelaki mengetuk cermin kereta saya dan bertanya:

“Encik, pergi KLIA kah?”

Saya hanya menjawab; “Maaf apek, saya tidak pergi KLIA, cuba awak tanya teksi belakang…”

Itu antara cabaran mereka yang memandu Iswara merah…!

rastom  on  09/06  at  06:42 PM

Seronok juga bawa Iswara merah. Kerana berkali kali ditanya,
“Encik, pergi jeti Kuah?”

Akhirnya saya angguk angguk (kebetulan saya juga mahu ke sana) dan tiba di destinasi, dapat juga duit. Berbaloi juga kalau guna Iswara merah.

Abdul Latip  on  09/06  at  07:06 PM

Saya pakai kereta kancil warna silver. Buat masa sekarang saya belum bercadang nak tukar kereta lain.

RIDWANTO UTM  on  09/06  at  10:23 PM

saya tak pakai kereta lagi…
macam mana pula ni??

Tengku Asmadi  on  09/07  at  01:33 AM

Kereta saya pula kereta ‘sport’ berwarna biru. Macammana pula tu?  Ada sebarang pandangan?

Abu Afham  on  09/07  at  03:23 AM

Puan,
saya pakai Myvi Hitam. macam mana?

Abu Marwan  on  09/07  at  09:46 AM

Tuan Rastom,

Idea yang menarik…

sab2  on  09/07  at  10:59 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

ketinggalan kali ini.
...hendak cari kereta tiada warna!

Endok Sempo binti M Tahir  on  09/07  at  02:11 PM

Salam,

Pernah client telefon buat appointment nak bincang pasal project kecil-kecilan ‘design and built’ bernilai kurang RM1M. Bila tengok kita naik Nissan Sentra warna HITAAAAAM, nilai project (KONONNYA) sudah naik lebih RM3M. Wahhh kita pun memanglahe seronok.

Apabila MELIHAT muka kita yang ‘beaming’ kerana terlalu seronok dan eager, maka ditawarkan project itu dengan bersyarat mesti bayar in advance P & A (profit and attendance dulu).... Ini memang tak pernah dibuat dek orang… nampak sangat temberang. Namun dalam berhati hati tu pun kena tibai gak, tak banyak sikit…...

Jadi kereta warna HITAAM menunjukkan kita ini mudah sangat digula-gulakan dan mudah percaya dengan janji manis! Ataukah barangkali pemunya kereta berwarna hitam ini melambangkan ketamakan? Atau ada makna lain?....

Black is associated with power, elegance, formality, death, evil, and mystery.

Black is a mysterious color associated with fear and the unknown (black holes). It usually has a negative connotation (blacklist, black humor, ‘black death’).

Black denotes strength and authority; it is considered to be a very formal, elegant, and prestigious color (black tie, black Mercedes).

In heraldry, black is the symbol of grief.

Black gives the feeling of perspective and depth, but a black background diminishes readability. A black suit or dress can make you look thinner.

When designing for a gallery of art or photography, you can use a black or gray background to make the other colors stand out.

Black contrasts well with bright colors. Combined with red or orange – other very powerful colors – black gives a very aggressive color scheme.

ada

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: