Tuesday, November 25, 2008

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Menetapkan Yuran

Salah satu perkara triki yang dihadapi oleh trainer ataupun penceramah yang masih fresh adalah berapa banyak RM yuran yang hendak dikenakan kepada pelanggan.

Isu menetapkan yuran training dan yuran ceramah adalah perkara yang tidak ada formulanya.

Kes Dato' Dr. Sheikh Muszaphar adalah contoh yang terbaru. Beliau dikatakan mengenakan yuran sampai RM8 ribu sekali datang. Banyak pihak marah kerana menganggap jumlah itu terlalu tinggi. Beliau cepat-cepat menafikannya. Kementerian meminta bukti jikalau memang betul tuduhan itu berasas. Maka bukti-bukti pun dikemukakan. Baca di sini. Siasatan akan dimulakan minggu hadapan.

Saya sendiri berkali-kali ditanya oleh penulis PTS yang sedang bersiap sedia mahu terjun ke dalam sektor training dan ceramah, bagaimana hendak menetapkan yuran mereka.

Bagi saudara yang baru hendak memulakan bisnes training ataupun ceramah, yang paling utama adalah mendapatkan klien dahulu. Dapatkan klien pertama, kedua, ketiga, dan keempat saudara itu dahulu.

Pada fasa awal masuk pasaran, ada kalanya saudara perlu memberi gratis. Itu adalah apa yang dipanggil kos pemasaran dan kos periklanan.

Perkenalkan dahulu produk saudara. Berikan 1 ataupun 2 jam sesi percuma. Apabila bakal pelanggan yakin produk saudara sesuai untuk mereka, barulah mereka akan bercakap tentang kemungkinan mereka undang saudara bagi menjalankan modul lengkapnya.

Yuran saudara akan dapat dinaikkan sedikit demi sedikit apabila jumlah klien saudara semakin banyak.

Ikut macam penganjur acara lelong. Mulakan daripada harga terendah, makin banyak yang mahukan perkhidmatan training saudara, semakin saudara berpeluang menaikkan harga saudara. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menang Anugerah Kerana Mengutuk Agama dan Bangsa Sendiri Previous entry: Akan Terbit

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: