Friday, July 11, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Aktiviti Kem Motivasi yang Syariah-Compliant

Pasaran kem-kem motivasi semakin hari semakin besar di negara ini. Permintaan baginya semakin meningkat. Hasilnya, semakin banyak individu terjun ke dalam pasaran ini dengan menjadi fasilitator dan motivator kem-kem motivasi.

Kita belum mempunyai pusat latihan di mana seseorang itu boleh belajar cara-cara yang betul menjalankan sesi motivasi. Akibatnya, majoriti yang kini menggelarkan diri mereka 'fasilitator' dan 'motivator' sebenarnya menjalankan tugas-tugas mereka dengan menonong tanpa pengetahuan saintifik dan sistematik. 

Dalam kem-kem motivasi yang sekarang banyak dijalankan, ada jenis-jenis aktiviti dan game yang dicipta oleh pakar-pakar Barat yang tidak sesuai dengan peraturan agama Islam. Sebagai contoh, antara aktiviti yang digunakan di Biro Tatanegara (BTN) terdapat aktiviti-aktiviti bagi sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang tidak syariah-compliant.

Banyak fasilitator yang sekarang ini mengendalikan bisnes kem-kem motivasi negara kita adalah bekas-bekas fasilatator BTN, ataupun bekas peserta BTN. Mereka cenderung menggunakan apa yang mereka pelajari daripada BTN apabila mereka sendiri mengendalikan kem-kem motivasi, termasuk game dan aktiviti BTN yang tidak syariah-compliant.

Justeru trainers dan motivator Islam perlu berhati-hati apabila meniru ataupun menggunakan game dan aktiviti ciptaan Barat.

Ambil sebagai contoh aktiviti yang diberi nama "fish-bowl" dalam bahasa Inggerisnya. Aktiviti "fish-bowl" adalah tidak syariah-compliant tetapi aktiviti ini digunakan dengan meluas dalam kem-kem motivasi yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator amatur kita.

Dalam aktiviti "fish-bowl" ini, semua peserta duduk membuat bulatan. Kemudian seorang peserta disuruh duduk di tengah-tengah bulatan. Kemudian, satu-demi-satu peserta lain akan memberi komen-komen positif (sifat-sifat baik) dan negatif (sifat-sifat buruk) terhadap peserta itu. Ini dilakukan sehingga semua peserta menerima giliran duduk di tengah-tengah bulatan itu dan dikritik oleh setiap peserta lain.

Dalam Islam, kita tidak dibenarkan mengkritik peribadi, yakni mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain, kerana perbuatan itu menjatuhkan maruah orang itu di hadapan orang lain. Nabi Muhammad tidak pernah menjatuhkan air muka orang di depan khalayak.

Banyak aktiviti dan game yang digunakan oleh para fasilitator Melayu-Islam dalam kem-kem motivasi mempunyai ciri-ciri yang tidak syariah-compliant.

Ramai peserta kem motivasi adalah beragama Islam, oleh itu modul yang disediakan bagi mereka hendaklah selaras dengan hukum-hukum Islam, yakni modul yang syariah-compliant. Modul seperti itu juga sesuai untuk peserta bukan Islam.

Nota: Bagi pembaca Islam, bacakanlah selawat dan salam setiap kali terbaca nama 'Nabi Muhammad'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: KOMPLEKS SUKAN, KELANA JAYA: Malam Ini! Previous entry: SABTU 19.07.2008 Karnival Mari Membaca

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: