Friday, May 23, 2008

Tip untuk Trainer PTS: Yuran Ceramah, Elaun Makan Minum dan Duit Tol

Assalamualaikum. Puan Ainon yang dikasihi,

Saya doakan Puan seisi keluarga berada dalam sihat sejahtera dan semoga Allah terus memberi keberkatan kepada usaha-usaha Puan, insyaAllah.

Saya ingin memberitahu Puan bahawa sebuah Peniagawati peringkat negeri menjemput saya untuk menyampaikan ceramah. Menurut Pengerusinya, antara 70 ke 100 orang ahli persatuannya dijangka hadir.

Beliau bertanya tentang bayaran dan memaklumkan persatuannya berharap ia tidaklah terlalu tinggi. Saya meminta mereka sendiri tentukan bayarannya.

Cuma saya minta secara khusus disediakan bilik penginapan dan kos perjalanan saya. Bolehkah cara saya itu, Puan?

Saya mahu belajar menjadi penceramah tetapi perkara-perkara asas begini pun tidak tahu menentukan sendiri.

Saya mahu mencuba peluang-peluang seperti ini kerana dalam hati saya masih ada rasa tidak yakin diri hendak bercakap di depan orang. Saya hendak kikis perasaan itu.

Salam,
NZ

................... 

Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Puan NZ yang dikasihi juga!

Ya, itulah yang saya lakukan.

1. Tiket penerbangan, ataupun wang minyak yang sama nilainya dengan tiket.
2. Bilik hotel, harga kamar standard sahaja.

Bagi persatuan, kenakan bayaran ikut kadar kerajaan iaitu RM200 sejam.

Jangan minta elaun makan-minum. Jangan minta bayaran tol.

Kita mesti tunjukkan kita seorang yang bertimbang rasa, nanti mereka suka berbisnes dengan kita. Lain kali, mereka suka panggil puan lagi. Yang lebih penting, nama kita naik dalam pasaran, dan kita dapat network yang banyak sesama orang bisnes. Saya doakan Puan terus maju sebagai trainer yang memandaikan bangsa.

SifuPTS 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Baca Buku dalam Kedai Kasut di KLCC Previous entry: Akan Terbit 2008
Popular Opinion  on  05/23  at  04:21 PM

Puan Ainon,

Bagaimana seorang trainer hendak menentukan bayaran program training yang dikendalikan oleh syarikat konsultansi? Program training itu boleh jadi dilakukan secara in house atau program awam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/25  at  10:32 PM

Tuan Popular Opinion,

Pertama-tama, saya nasihatkan seseorang trainer sebaiknya mempunyai syarikatnya sendiri.

Banyak kelemahannya apabila seseorang trainer menjual perkhidmatannya kepada syarikat training lain. Saya tidak akan menyenaraikan kelemahan itu di sini atas sebab etika bisnes yang saya anuti.

Faktor-faktor yang seharusnya diambil kira apabila hendak meletakkan yuran training adalah banyak. Antaranya:

1. Kelulusan-kelulusan akademik dan profesional yang kita miliki.
2. Pengalaman training yang pernah kita jalankan untuk organisasi dan korporat.
3. Buku-buku tentang tema training yang sudah kita tulis dan terbitkan.
4. Rekod bisnes dan nama baik kita dalam pasaran.
5. Modul training yang ditawarkan.
6. Status dalam organisasi para peserta yang akan mengikuti training.
7. Kepupayaan klien membayar yuran yang tinggi.
8. Jumlah kumpulan yang akan dihantar mengikuti training.
9. Item-item yang dibekalkan bersama-sama dengan modul training.
10. Jumlah jam training yang ditawarkan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: