Monday, November 24, 2008

Bagaimana Kontraktor Menipu PNM

Baru-baru ini Sifu terjumpa seorang agen pengedar buku, yang juga pembaca regular UNIKA. Beliau mengadukan apa yang beliau pernah alami berkaitan kontrak perbekalan buku Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan desa seluruh negara.

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan apa yang beliau beritahu saya. Jika cerita ini betul, PNM perlu memperbaiki cara kerjanya, khususnya prosedur mengeluarkan cek kepada kontraktor buku.

Pengedar buku itu adalah pengedar tunggal bagi semua buku terbitan Yayasan Karyawan, iaitu penerbit set Karya Agung Melayu yang terkenal itu. 

Set Karya Agung Melayu ini terbit dalam edisi mewah dan harganya mahal. Set ini pernah dipilih oleh PNM.

Pengedar itu tahu berapa jumlah set yang dipesan oleh PNM. Sebagai pengedar tunggal bagi set Karya Agung Melayu itu beliau menunggu para kontraktor datang ke pejabatnya bagi membeli set tersebut.

Setelah beberapa lama, sepatutnya semua buku sudah dibekalkan ke semua perpustakaan desa, dan kontraktor sudah mendapat cek bayaran dari PNM, tetapi ada kontraktor yang telah tidak datang membeli set Karya Agung Melayu itu. 

Jadi, beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak betul, lalu beliau pergi ke beberapa buah perpustakaan desa bagi menyiasat. Perpustakaan yang dilawatinya itu berada dalam senarai perpustakaan yang menerima bekalan daripada kontraktor buku yang telah tidak datang membeli set Karya Agung Melayu darinya.

Tepat sebagaimana yang disyakinya, ada perpustakaan desa yang dikunjunginya sudah menerima bekalan buku dari kontraktor tersebut, tetapi set Karya Agung Melayu itu tidak ada diterima.

Pustakawan yang menjaga perpustakaan desa itu tidak dibekalkan oleh PNM senarai buku-buku yang dia wajib diterima dari kontraktor, jadi si pustakawan tidak dapat mengesahkan buku yang dihantar itu menepati senarai buku-buku yang sepatutnya dibekalkan oleh PNM.

Tanpa senarai itu, si pustakawan desa tidak dapat mengesahkan item-item itu sudah diterima dalam jumlah yang betul dan dalam keadaan yang baik.

Jadi siapa yang mengesahkan bahawa kontraktor PNM telah membekalkan buku-buku dengan betul kepada semua perpustakaan desa yang disebut dalam kontrak?

Tanpa pengesahan daripada tiap-tiap pustakawan desa, PNM mengeluarkan cek pembayaran kepada kontraktor.

NOTA: Patutlah kontraktor yang berkenaan itu telah membeli BMW 7 Series brand new sebaik-baik menerima cek PNM pada tahun berkenaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Hampir Masuk Kilang Cetak Previous entry: Duit Buku Buat Beli Rumah
Kaki Sakat  on  11/28  at  11:30 PM

Asslmualaikum w.w Sifu, Sedikit pembetulan, bukan projek PNM tetapi BTP (KPM), bekalan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS). Semakan secara rambang dengan perpustakaan sekolah di negeri terbabit. T kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: