Thursday, April 26, 2007

Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof

Ahmad Fadzli Yusof mula menerbitkan bukunya dengan PTS sewaktu masih belajar dalam tahun akhir di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Pada masa ini beliau sedang menggulati tesis PhDnya.

Beliau adalah penulis buku-buku panduan kejayaan di sekolah dan di tempat kerja yang paling banyak judul dengan PTS. Set buku-buku motivasi sukses di sekolah yang beliau tulis menjadikan beliau nama basahan di kalangan guru-guru sekolah seluruh negara.

Sehingga hari ini beliau sudah mempunyai 20 judul dengan PTS, dan masih ada judul-judul barunya yang akan diterbitkan. Sebuah judul beliau sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.

Beliau adalah penulis PTS yang paling kuat bekerja dan mengambil daya usaha sendiri mempromosikan buku-bukunya. Beliau juga amat mudah memberikan kerjasamanya kepada pegawai-pegawai PTS bagi menjayakan semua program promosi pengarang PTS dengan MPH dan POPULAR.

Kita meramalkan, inilah dia wajah tokoh 'National Motivator' bagi negara kita pada masa depan, mengambil alih status itu daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah apabila beliau bersara.

Baca blog rasmi beliau di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Motivasi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ini Dia Siri Bisnes Kecil dari PTS PROFESSIONAL Previous entry: Tiru Penulis ini: Mohamad Kholid Hamzah
Azree  on  04/26  at  05:28 PM

Kenapa saudara Fadzli nampak macam sudah gemuk. Adakah gambar itu yang sudah dilebarkan? Musykil-musykil. Hehe.

Berminat ingin jadi sepertinya.

Fadzli Yusof  on  04/27  at  01:37 AM

Haha…bila kali terakhir kita bertemu Azree? Mungkin semasa itu anda masih belum perlu memakai kaca mata..(gurau sahaja!)

abu afham  on  05/24  at  01:15 AM

Tahniah saudara Fadzli! Moga anda terus sukses di masa mendatang. Saya yakin anda mampu membawa satu dimensi baru dalam dunia motivasi negara.

Ad’uka bil taufiq wannajah!

Abu Afham
Jurusan Undang-undang UIA.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.