Wednesday, April 25, 2007

Tiru Penulis ini: Mohamad Kholid Hamzah

Sehingga saat ini sebanyak enam buah buku dalam siri Penyiasat Ekstrovert karya Encik Mohamad Kholid Hamzah sudah diterbitkan oleh PTS. Lebih banyak akan terbit kerana siri ini sudah mempunyai penggemarnya sendiri. Sayugia diingat gelagat remaja awal mahukan cerita-cerita bersiri.

En. Mohamad Kholid adalah seorang pegawai pentadbir kanan dalam perkhidmatan kerajaan pusat. Karya-karya beliau dengan PTS adalah dalam siri penyiasatan dan ditargetkan kepada remaja awal.

Siri penyiasatan mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Dengan demikian siri ini berunsur evergreen sebagaimana siri-siri penyiasatan oleh Enid Blyton bertahan dalam pasaran lebih 70 tahun.

Siri Penyiasat Ekstrovert ini dipakejkan sebagai no-mik, kombinasi novel dan komik, kerana remaja awal sukakan buku yang berilustrasi gaya komik. En. Mohamad Kholid bekerja dengan komikus Nuriazam Ismail yang melukiskan ilustrasi siri ini.

Mohamad Kholid adalah seorang sasterawan, karya beliau pernah diterbitkan oleh DBP dan cerpen beliau pernah tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana.

Apabila PTS meminta beliau menghasilkan siri penyiasatan untuk remaja awal kerana pasaran sektor itu ada dan belum dieksploitasi, beliau mudah menerima cadangan itu dan bersikap sebagai 'bisnes partner' yang kooperatif.

Dengan PTS, En. Mohamad Kholid Hamzah menekuni siri penyiasatan yang menyelitkan nilai-nilai Islamik.

Adakah saudara mahu hidup sepenuh masa sebagai penulis novel-novel remaja?

Apabila saudara hendak memilih penerbit bagi novel remaja saudara, jangan hanya fikirkan sama ada penerbit itu mahu menerima karya saudara bagi diterbitkan. Nanti buku saudara terbit tetapi hayat pasaran buku saudara mungkin singkat.

Pilih penerbit yang mempunyai banyak maklumat berkenaan tingkah laku dan citarasa pembaca remaja. Dengan demikian penerbit itu dapat menerbitkan novel saudara dengan konsep dan pakejing yang sesuai dengan sektor yang ditargetkan.

Pada masa ini sudah timbul banyak nama-nama penerbit baru dalam pasaran, yang sebelum ini tidak pernah diketahui kewujudannya. Mereka lebih bersedia menerima manuskrip daripada penulis-penulis yang belum terkenal. Lazimnya mereka mahu membeli manuskrip itu buat selama-lamanya.

Saudara perlu fikir panjang sebelum menjual hakcipta saudara kepada mana-mana penerbit. Pastikan dalam sebarang urusan bisnes, kedua-dua belah pihak mesti untung.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof Previous entry: Sukarnya Berniaga dengan Penyair
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/25  at  11:17 PM

Assalamualaikum Pn. Ainon,

Artikel ini dan yang lain-lain sebelumnya banyak mengajar saya tentang dunia penulisan dan penebitan. Terima kasih PTS.

Setelah membaca contoh penulisan jibunsyi puan menggunakan KJ Method yang diemelkan kepada saya, saya mulai faham. Menulis perlu ada mood, bukan dipaksa-paksa tetapi harus konsisten.

InsyAllah saya akan hadir ke bengkel KJ Method itu nanti untuk persediaan masa depan…
——-

Web Sutera  on  04/27  at  02:22 AM

Memang betul Sifu, remaja dan kanak-kanak memang suka cerita penyiasatan bersiri. Saya sebagai contohnya, semasa remaja dahulu, saya ada beberapa koleksi cerita sebegini. Tetapi tidak banyak koleksi yang saya ada kerana disebabkan faktor wang ketika itu. Saya berasal dari keluarga miskin, hendak beli bukupun berfikir panjang, namun beli juga lantaran sifat suka membaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/15  at  06:39 AM

Teruskan saudara Kholid dalam usahan mempelbagaikan karya sastera sebagai alternatif bahan bacaan anak-anak kita..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.