Tuesday, May 22, 2007

Tolong Jangan Buat Begini! (1)

Sifu menerima beratus-ratus surat dan perlu membalas beratus-ratus surat.

Bagaimanakah Sifu hendak ingat "siapa" saudara kalau "nama" saudara tidak ada dalam KOTAK alamat emel Sifu?

Dalam fail attachment sinopsis yang saudara hantar kepada saya, tertulis nama saudara "Budin bin Bulat". Saya cari dalam KOTAK emel saya, yang mengandungi lebih 500 alamat, tetapi tidak ada nama "Budin".

Puncanya, untuk emel, saudara gunakan nama samaran yang tidak ada ikatan langsung dengan nama rasmi saudara, contoh: ibnualim>[email protected] Mana dia nama "Budin"?

Nama samaran adalah "topeng". Adalah salah besar apabila saudara membuat urusan rasmi dan profesional dengan memakai topeng.

Topeng samaran saudara mungkin "cantik". Tetapi apa gunanya "topeng cantik" jika ia menyebabkan Sifu irritated, buang masa tercari-cari nama dalam KOTAK, tidak jumpa nama itu, langsung Sifu hilang mood hendak meneruskan niat menulis surat kepada saudara?

Kesan psikologi yang tercipta apabila saudara menulis emel urusan rasmi adalah serupa dengan perbuatan saudara pergi ke pejabat orang.

Apa kesannya ke atas psikologi pegawai itu apabila ada orang datang ke pejabatnya dengan memakai topeng?

Arahan kepada semua yang mahu menjalin hubungan rasmi dan profesional dengan sesama profesional: Beli dan baca buku panduan komunikasi profesional menggunakan internet.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jangan Buat Begini! (2) Previous entry: Buku Motivasi Bagaimana Yang Dibeli Orang

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.