Thursday, June 19, 2008

Masya Allah! Tolong Tulis Satu Lagi Buku Poligami

Kita mencari satu lagi buku panduan hidup berpoligami. Tajuknya lebih kurang begini: "Panduan Survival Poligami untuk Isteri-isteri".

Entah mengapa, buku-buku panduan poligami ditulis oleh lelaki-lelaki belaka, jadi sudut pandang yang digunakan adalah sudut pandang lelaki.

Namun, yang teruk menjalani hidup berpoligami majoritinya adalah isteri pertama. 

Justeru kita memerlukan buku panduan poligami yang ditulis bagi membantu isteri-isteri hidup normal walaupun bermadu.

Nota buat mentee-mentee Sifu: Tuliskan topik-topik lain yang relevan dalam buku ini. Apakah tip-tip yang berguna bagi isteri apabila ditakdirkan hidup bermadu?

Sebagai contoh:

1. Tip-tip untuk isteri tua.

2. Tip-tip untuk isteri muda. 

3. Tip-tip mengelak daripada diserang oleh isteri tua.

4. Tip-tip apabila diserang oleh anak-anak tiri. 

5. Tanda-tanda awal apabila suami tercinta ada affair rahsia. 

6. Tip-tip menjadikan suami lebih sayang.

7. Tip-tip supaya disayang anak-anak tiri.

8. Risiko memberi ultimatum kepada suami supaya "pilih dia ataupun saya".

9. Risiko cuba menyelesaikan masalah dengan pergi berjumpa peguam.

10. Risiko bercerai kerana tidak sanggup bermadu. 

PENTING: Sebelum menuliskan buku itu, mohon tulis surat dahulu kepada Tuan Faris Hasbullah ataupun hubungi 016 661 1475 terlebih dahulu bagi mendapatkan green-light.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Budak Besar Dapat Membuli Budak Kecil Previous entry: Masya Allah!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  08:18 AM

Assalammualaikum w.b.t,

Saya nak tambah :

1. Tip-tip mengurus kelukaan hati bila mengetahui suami membuka cawangan baru.

2. Teknik-teknik membiuskan diri dan hidup kekal bahagia walaupun suami berkahwin lain.

3. Aspek-aspek perundangan dan hak-hak anda sebagai isteri.

4. Pertubuhan dan badan sosial yang boleh membantu isteri-isteri yang terabai.

5. Mengapa perceraian adalah langkah terakhir bila suami berkahwin lain.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  05:50 PM

Salam,

Apa kata keluarkan buku soal jawab poligami.

Ada banyak pembaca yang suka pendekatan soal jawab berbanding membaca buku bercorak hujah pelbagai.

Apa kata keluarkan buku kumpulan kisah2 motivasi sekitar poligami. Terlalu banyak kisah2 negatif dalam media tentang poligami.

wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  01:28 AM

Salam,
Tambahan lagi
1. Bagaimana berhadapan dengan masyarakat
2. Bagaimana berhadapan dengan keluarga suami
3. Bagaimana berhadapan dengan keluarga sendiri
4. Bagaimana caranya berlapang dada dan bertolak ansur
5. Menguruskan anak yang negatif
6. Menguruskan suami yang sakit
7. Membantu suami berlaku adil

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: