Wednesday, October 29, 2008

Yuran Profesional Trainer-Speaker: Penguasaan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Tinggi

Bagi penulis yang mahu menceburi bisnes training dan ceramah, mereka wajib menguasai fonetik dan fonologi Bahasa Melayu Tinggi. Bidang fonetik dan fonologi ini disebut sebagai tajwid dalam bahasa Arab. 

Dalam sektor pendidikan, motivator yang paling mahal yuran profesionalnya adalah Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi.

Dr. Tengku Asmadi seorang trainer dan speaker yang bagus penguasaan fonetik dan fonologi Bahasa Melayunya. Beliau seorang anak Terengganu jati, tetapi apabila beliau bercakap orang tidak menyangka beliau anak Terengganu kerana beliau menggunakan fonetik dan fonologi Bahasa Melayu Tinggi.

Suara dan pengucapan bahasa adalah modal penting dalam bisnes spoken language, yakni bahasa yang diucapkan.

Bidang bisnes spoken language termasuklah menjadi penyanyi, berlakon, berucap, berpidato, mengajar, penyampai berita, menjadi dubber, menjadi pengerusi majlis, menjadi hos rancangan radio dan TV, mendeklamasi puisi dan banyak lagi.

Dalam bisnes spoken language, memiliki suara yang sedap sahaja tidak cukup.

Penguasaan subjek, dengan kombinasi suara yang sedap, penguasaan tajwid Bahasa Melayu yang baik, dan lontaran suara yang jauh, barulah kombinasi itu dapat diterjemahkan menjadi yuran profesional yang tinggi dalam bisnes training dan speaking.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja: Perkataan Terbaru Dicipta untuk Bahasa Melayu Previous entry: Akan Terbit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.