Travelog Cinta Abadi: Testimoni Orang Terengganu - Isteri Seorang Akauntan
Puan Laila adalah pembaca blog Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Puan Laila menulis dalam blog Prof. Kamil begini:
"Teringin saya berkongsi cerita dengan prof dan Kak Roza. Buku Travelog Cinta Abadi saya hadiahkan untnk suami, seorang akauntan, tidak romantis, tidak pandai guna ayat bunga-bunga. Namun disebabkan ada nota tertulis namanya dari Kak Roza, menyebabkan dia teruja untuk membacanya. Risau saya apakah ‘feedback’ darinya tentang buku itu. Semalaman beliau menghadap buku itu tanpa reaksi, dan di akhir helaian, terucap komen yang amat melegakan: ‘beh jale cito buku ni, pasa realiti zame budok-budok mace kito dulu-dulu. Budok-budok loni mesti tak panda nok appreciate zame kanok-kanok lagu ni. Bangun tido jah tengok tb. Bilo nok tubik jilid nombo duo?’...dan saya tersenyum riang…"
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment