Trend Gaya Berbelanja Pembeli Buku di Kota Bharu dan Implikasinya kepada Pekedai Buku Melayu
Apa yang sedang berlaku dengan akaun bisnes buku PTS di Kota Bharu, Kelantan, bukan suatu kekecualian, tetapi adalah menggambarkan trend yang sedang berlaku di seluruh negara.
Trend itu menunjukkan kedai-kedai buku dalam mall menjual lebih banyak buku berbanding dengan kedai-kedai buku di luar mall.
Kedai buku Syarikat Muda Osman (SMO) terkenal di seluruh negeri Kelantan. Ia mempunyai 12 cawangan. PTS membekalkan buku-bukunya kepada Syarikat Muda Osman.
Apabila kompleks membeli-belah Kota Bharu Mall dibuka, rangkaian POPULAR membuka kedainya dalam mall itu. Dalam sekelip mata, 1 cawangan POPULAR dalam KB Mall itu menjual lebih banyak buku PTS dibandingkan dengan jumlah jualan kesemua cawangan Syarikat Muda Osman digabungkan.
Trend begini mempunyai implikasi serius kepada survival kedai-kedai buku indie, baik yang dimiliki oleh usahawan Melayu, Cina ataupun Mamak. Jika mereka gagal berpindah ke dalam mall-mall, harapan survival masa depan mereka adalah malap.
Halangan paling utama yang dialami oleh kedai-kedai buku milik orang Melayu adalah diskriminasi perkauman yang diamalkan oleh developer mall-mall yang semuanya adalah syarikat milik bangsa Cina.
Pada masa ini, dapat dikatakan "hampir mustahil" bagi pengusaha kedai buku Melayu hendak mendapatkan ruang kedai dalam mall-mall yang developernya adalah pemodal Cina.
Di Kota Bharu, saat ini TESCO sedang membangunkan kompleksnya yang amat besar di luar pusat bandar. Majoriti pengunjungnya nanti adalah orang Melayu. Ini amat relevan kepada jualan buku-buku Melayu. Mungkinkah Syarikat Muda Osman (SMO) berjaya mendapat ruang dalam kompleks itu nanti?
Kita faham mengapa developer Cina tidak berminat menjual ataupun menyewakan ruangnya kepada agensi-agensi yang membantu usahawan Bumiputera seperti MARA kerana:
(i) Developer mall-mall mempunyai tema untuk setiap mallnya, dan tema itu digunakan bagi memilih bisnes jenis apa yang sesuai dengan tema itu. Kalau pun agensi seperti MARA mampu menyewa ruang bagi disewakan semula kepada peniaga Melayu, tetapi bisnes orang Melayu itu mungkin tidak sesuai dengan tema mall tersebut.
(ii) Di bawah pemerintahan BN, agensi-agensi yang sepatutnya membantu usahawan Melayu, seperti MARA, mereka itu mengamalkan pengurusan yang memberi reward kepada orang-orang UMNO, meskipun sesetengah orang UMNO itu langsung tiada pengalaman berniaga, dan mereka juga terkenal dengan sikap culas, yakni tidak berdisiplin, dalam urusan membayar sewa dan hutang perniagaan.
Developer Cina sangat faham perkara itu, jadi mereka tidak berminat menyewakan ruang kepada agensi seperti MARA kerana sikap pengurusan agensi itu adalah membahayakan survival bisnes mall-mall itu sendiri.
Kedai buku adalah bisnes yang sentiasa sesuai dengan tema shopping-mall. Justeru, syarikat seperti SMO sepatutnya dapat menyewa ruang dalam mana-mana shopping mall kerana syarikat itu amat kredibel rekod bisnesnya.
Kita berdoa, moga-moga dalam persaingan antara POPULAR, MPH dan SMO bagi mendapatkan ruang dalam TESCO, Syarikat Muda Osman diberikan peluang itu.
Amin!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Kes SMO ini mengingatkan saya kepada kes yang menimpa Kelantan Delight’s di KLCC. Pengurusan KLCC menaikkan sewa dengan kadar tidak masuk akal - daripada RM14k sebulan ke RM50k - sehingga restoran Bumiputera itu terusir secara terhormat. Pemiliknya ditemuramah Aziz Desa dalam slot Nasi Lemak & Kopi O sebelum Prof Abdullah Hassan ke udara pagi tadi.
Situasi ini tidak jauh bezanya seperti pasaraya hyper versus pasaraya mini dan kedai runcit sekitar tiga tahun lalu.
ZAMRI MOHAMAD
Entri terbaru telah dikemaskini di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
TESCO dibuka seawal 9 pagi di Kelantan, latar belakangnya juga menarik. Terdapat sumber pertanian, dan sungai Kelantan. Kalaulah sungai Kelantan itu dimajukan menjadi taman rekreasi dengan kemudahan seperti kayak, sukan air dan sebagainya.
Maka semakin ramai pengunjung datang ke TESCO pasti beruntung besar. Kedudukan TESCO di Bawah Lembah itu juga tidak begitu jauh dengan lokasi Makam Tok Janggut.
Sungai Kelantan itu kalau dimajukan lagi, boleh mendatangkan keuntungan berbilion-bilion ringgit kepada negeri dan negara.
Sekarang, agaknya Kelantan sudah berubah lagi. Bangunan makin banyak. Sekali saya pulang, sekali pemandangan lama di Kelantan menghilang. Cepat betul berubah.
Alhamdulillah, sebagai pengusaha kedai buku indie saya bersyukur kerana mendapat premis dalam sebuah Mall (tidaklah besar mcm Tesco) di Perlis yang menempatkan sebuah pasaraya. Memang betul-betul menumpang tuah pengunjung yang berkunjung membeli-belah di pasaraya.
Nanti 2-3 bulan lagi minta PTS tengokkan samada trend (buku-buku PTS) seperti yang di Kelantan boleh juga berlaku di Perlis. Hehe. Bulan nih punya trend pun boleh cuba “check” kan sekali kot.
Untuk pengetahuan, di Perlis semua kedai buku kebanyakannya sudah lama established (dikuasai oleh India Muslim), dan kiranya kami adalah pemain baru. Terlalu baru.
Assalamualaikum Puan dan para ‘netters’ semua.
Saya sanggup mengaminkan doa Puan agar SMO berjaya membuka cawangannya di TESCO. Saya juga pengusaha kedai buku tetapi fokus kami ialah kanak-kanak. ‘Bestseller’ di kedai kami yang 10 teratas adalah buku-buku PTS One.
Bercakap tentang diskriminasi pengusaha pusat membeli-belah ini, saya juga mempunyai pengalaman dikecewakan. Permohonan saya untuk menyewa satu lot di sebuah pusat membeli-belah yang sedang berkembang di KB ini melalui jalan yang agak sukar sehinggakan saya akhirnya tidak jadi meneruskan usaha tersebut. Seterusnya saya berusaha mencari tapak di bangunan kedai berhampiran pusat tumpuan ramai pelanggan saya, tetapi perkara yang sama juga berlaku.
Kini kami masih di premis yang kecil, permintaan pelanggan semakin meningkat tetapi kami tidak dapat memberikan tawaran yang terbaik dan selesa kepada pelanggan kami. Moga-moga usaha kali ke-3 ini kami akan berjaya membuka cawangan di lokasi yang kami idamkan.
Post a comment