Tuesday, August 24, 2010

Trend Jualan Novel-Novel Cinta Islami dari Indonesia adalah Lebih Bagus

PTS Litera Utama Sdn. Bhd. menerbitkan genre (a) novel sejarah, (b) novel roman masyarakat dan (c) novel cinta Islami yang dihasilkan oleh penulis Malaysia dan Indonesia.

Menurut Puan Asma Fadila Habib, pengurus PTS Litera, jualan novel-novel karya penulis Indonesia yang beliau terbitkan adalah bagus.

Bagi kategori novel cinta Islami, apabila dibandingkan antara jualan hasil karya penulis Malaysia dan Indonesia, data jualan dari jabatan sales PTS menunjukkan purata karya penulis Indonesia laku lebih banyak.

Trend ini berlaku meskipun novel-novel cinta karya penulis Indonesia itu dijual secara pasif, yakni tanpa promosi kuat dari pihak PTS.

Pada mulanya PTS mengambil langkah mengimport judul-judul Indonesia bagi meneroka Laut Biru novel cinta Islami, sebelum penulis novel tempatan mula menghasilkan genre ini.

Puan Asma percaya faktor yang sangat membantu meningkatkan jualan novel cinta Islami karya pengarang Indonesia itu adalah disebabkan pembacanya banyak melakukan proses viral marketing sesama mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Lelaki Menghasilkan 'Novel Gedik' untuk Remaja Perempuan Previous entry: 85% Bisnes PTS adalah Bergantung kepada Kedai-Kedai Indie
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/24  at  09:49 AM

Penulis tempatan terkongkong dengan gaya suntingan PTS sedangkan penulis luar leluasa menggunakan teknik mereka sendiri yang jauh lebih menarik dan sedap dibaca.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: