Sunday, January 23, 2011

Tip Survival Penerbit: Trend Jualan Novel Cinta Islami PTS bagi Tahun 2010

Bagaimanakah gambaran pasaran novel bagi sektor novel cinta Islami?

Maklumat ini penting baik bagi penerbit mahupun bagi para penulis. Jika pasaran itu besar dan aktif, maka pelaburan dalam sektor ini adalah sangat bagus. Jika pasaran itu kecil dan perlahan, maka sumber-sumber itu lebih baik digunakan bagi menghasilkan fiksyen dalam kategori lain yang lebih produktif.

Menurut Puan Asma Fadila Habib, pengurus PTS Litera Utama Sdn Bhd, anak syarikat yang menerbitkan novel-novel cinta Islami, jualan kategori itu adalah 'tidak laju dan tidak terlalu perlahan'.

Menurut beliau lagi, purata tempoh jualan bagi 3 ribu naskhah novel cinta Islami adalah antara 8 - 12 bulan. Dibandingkan dengan tempoh purata fiksyen kategori lain (fiksyen awal remaja, remaja dan novel sejarah Islam), maka tempoh 8 - 12 bulan itu adalah 'perlahan'.

Bagi jabatan sales PTS pula, tempoh jualan yang lebih daripada 6 bulan adalah dikira 'perlahan'.

Dari sudut survival penerbit, tempoh jualan (disebut juga dengan istilah turnover) adalah sangat penting.

Tempoh kredit yang diberi oleh pencetak kepada PTS adalah 3 bulan sahaja. Ini bermakna, hutang printing mesti dibayar dalam tempoh 3 bulan, tetapi novel-novel cinta Islami tidak dapat dijual habis dalam tempoh 3 bulan. Ini menjadikan pembiayaan bridging bagi novel cinta Islami adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kategori lain.

Apabila tempoh pembiayaan bridging lama, yakni lebih daripada tempoh kredit pencetak, kesan negatifnya adalah aliran tunai syarikat akan tercekik. Keadaan begini sangat membahayakan kedudukan kewangan syarikat.

Disebabkan PTS Litera juga menerbitkan novel-novel dalam kategori lain, risiko cashflow anak syarikat itu tercekik dapat dikawal apabila jualan kategori lain itu lebih aktif.

Di bawah ini adalah maklumat tentang prestasi jualan judul-judul novel cinta Islami PTS bagi tahun 2010:

1. Nyanyi Sunyi (terbit 2010) - 4052 unit
2. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu (terbit 2010) - 3288 unit
3. Punya Cinta Ramadan (terbit 2009) 3050 - unit
4. Bara Cinta Canberra (terbit 2010) 2836 - unit
5. Wasilah Cinta Weera (terbit 2010) 2779 - unit
6. Kasih Seharum Manisah (terbit 2010) 2718 - unit
7. Ku Seru Nur Kasih (terbit 2010) 2466 - unit
8. Tuhan Masih Mencintaiku (terbit 2010) 2226 - unit
9. Salju Sakinah (terbit 2008) 2104 - unit
10. Aku Bukan Malaikat (terbit 2010) 2001 - unit
11. Biarawati Qaseh Puteri (terbit 2010) 1830 - unit
12. Qasidah Untuk Kekasih (terbit 2010-akhir tahun) 1680 - unit
13. Warkah Cinta Berbau Syurga (terbit 2008) 1561 - unit
14. Menunggu Cinta Tuhan (terbit 2009) 1211 unit
15. Doa Insan Berkasih (terbit 2009) 1066 unit

Apakah implikasi data jualan seperti di atas?

(i) Penerbit perlu memilih menerbitkan karya yang dihasilkan oleh beberapa nama novelis yang sudah kuat sahaja, yakni penulis yang sudah mempunyai peminat lebih daripada 5 ribu orang.

(ii) Penulis genre Cinta Islami perlu melakukan inovasi dalam genre itu, jika tidak mahu risiko karya mereka kalah dalam pasaran dan ditolak oleh penerbit.

Isu inovasi adalah isu yang paling serius yang mesti ditangani oleh karyawan sektor novel cinta Islami, yakni mereka saat ini tidak mencipta idea-idea baru.

NOTA: Data disediakan oleh jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Penulis Jutawan PTS 2010

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.