Wednesday, November 23, 2011

Trend Terbaru Dunia Membaca

Berikut adalah perkara-perkara yang sedang kita saksikan:

* Amazon adalah penjual buku paling besar di dunia tanpa memiliki lokasi fizikal. Ia mengubah segala-galanya tenang bagaimana buku dijual.

* Penulis sekarang dapat menerbitkan tulisan mereka online - di blog, di laman web, di forum dan dalam jaringan sosial.

* Penulis tidak mempunyai editor. Mereka terus berinteraksi dengan pembaca tulisan mereka. Pembaca mereka dapat berhubung terus dengan mereka.

* Garis yang memisahkan antara buku, filem, majalah, akhbar, dan laman web makin kabur.

* Pasaran Ebooks semakin berkembang - dapat dibaca dalam komputer menggunakan format PDF, dalam Kindle, dalam iPad, dalam smartfon, di mana-mana sahaja.

* Penulis bebas menulis, tiada sebarang sekatan, tiada peraturan, tiada had, tak perlu menggunakan tulisan, tiada batas harga, dapat berkongsi idea-idea dengan pembaca secara live!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Masa Depan Pasaran Buku Previous entry: Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu
Noordin  on  11/24  at  07:34 PM

Salam Sifu,

Jadi, apakah nasib / prospek masa depan buku fizikal?

Terimakasih.

Noordin

resha hamzah  on  11/25  at  07:24 AM

takkan buku fizikal hilang di dunia
its about satisfaction

ahmadyani  on  11/25  at  09:36 PM

Buku fizikal kekal ada peminatnya. Tidak akan pupus.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/28  at  02:42 PM

Maafkan saya jika berbeza pendapat. tapi saya merasakan buku fizikal akan pupus dalam masa kurang 10 tahun lagi.

kedai2 buku fizikal akan menerima nasib yang serupa seperti kedai menjual tape dan disket yang kita kenal dahulu, tapi barangkali sudah tidak dikenali ganerasi kini.

ganerasi sekarang sukakan sesuatu yang cepat, mudah dan jimat ruang. lahirnya gajet baru yang memudahkan mereka membaca dan akses maklumat akan menyebabkan penerimaan buku secara fizikal akan semakin hambar. saya bercakap untuk kesan 10 tahun nanti.

buku fizikal akan dipandanag sebagai kitab lama datuk nenek atau moyang mereka sahaja nanti.

Cuma pendapat ‘dua kupang’ untuk maksud kuliah ini.

Noordin  on  11/29  at  10:46 AM

Saya rasa saya mahu bersetuju dengan pendapat Umi_azrini, iaitu buku fizikal akan pupus (macam dinasour). Apa yang tinggal hanya ‘sisa tulang’ di perpustakaan.

Sebab apa? Sebabnya ialah semakin ramai generasi kini mempunyai ‘tablet’ + telefon pintar di tangan yang dapat diusung ke mana sahaja. Gajet ini membolehkan pembacaan buku digital secara mudah.

Namun dari segi tempoh masa buku fizikal akan pupus, saya mungkin berbeza sedikit dengan Umi-azrini.Saya risau, buku fizikal mungkin pupus kurang 10 tahun daripada sekarang kerana teknologi nampaknya amat cepat berkembang.

mkriza  on  11/30  at  08:53 AM

Penulis sekarang tidak mempunyai had menyebarkan ideanya. Penerbit pula mungkin akan sedikit berkurangan sekiranya tiada usaha untuk bergerak seiring dengan arus perubahan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/08  at  03:50 PM

Buku fizikal akan tetap kekal seperti mana akhbar masih wujud hari ini. Kalau buku fizikal pupus, saya rasa PTS tidak akan memasuki busines penerbitan buku ini. Saya yakin PTS sedar kemampuan buku untuk bertahan lama. Bukankah buku merupakan media massa pertama sebelum wujudnya media massa lain?

Para peramal pernah berkata ciptaan video dan selepasnya DVD akan menghapuskan panggung wayang. Tapi panggung wayang berubah bentuk untuk ambil kira realiti terkini. Begitu juga dengan kedai gambar, orang tidak lagi hantar filem untuk cuci tetapi kedai gambar tetap wujud tapi mereka jual benda lain seperti dakwat dan kertas pencetak.

Walaupun ada gajet baru untuk membaca namun bukan semua orang memilikinya. Bill Gates memang idamkan semua orang memiliki komputer, tapi realitinya masih ada yang tidak mempunyai komputer. Ini realiti di negara maju seperti di Amerika Syarikat. Di Malaysia, fenomena sama akan berlaku.

Gajet memerlukan capaian seperti 3G ataupun Wifi. Tiada yang percuma, semuanya memerlukan langganan.

Buku tetap buku sebab ia tidak memerlukan tenaga elektrik untuk dibaca. Ia boleh dibawa ke mana-mana. Hanya buka helaian untuk terus membaca. Bila gajet kehabisan bateri, tiada apa-apa yang boleh dibaca.

Noordin  on  12/08  at  04:22 PM

Saya rasa saya mahu bersetuju dengan Tuan Mus Chairil dalam beberapa segi, tetapi gerak hati saya pula (bukan berdasarkan kajian khusus) berasa seolah-olah buku fizikal akan menerima kesan lebih ketara akibat ledakan teknologi berbanding kesan dialami akhbar bercetak, DVD dan panggung wayang.

Selingan:
Tn Mus Chairil di mana sekarang? Masih menulis?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: