Sunday, May 25, 2008

Tsunami Bisnes Training: Pokok Tumbang Sarang Kerengga pun Jatuh

Bak kata pepatah, apabila pokok tumbang maka sarang-sarang kerengga pun ikut tumbang.

Begitulah yang dialami oleh banyak syarikat motivasi yang membekalkan perkhidmatan training kepada negeri-negeri yang dulunya diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi jatuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihanraya umum lalu (PRU12).

Apabila kerajaan PR memegang pemerintahan, mereka menyemak semua fail-fail pemberian kontrak dan projek, tidak terkecuali fail-fail kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat motivasi dan training.

Dalam proses melakukan semakan itu semua aktiviti training "dibekukan" tanpa menyebut sampai bila pembekuan itu dikenakan. Akibatnya, syarikat-syarikat motivasi itu sedang dalam keadaan 'termenung-menung' sekarang.

Kita banyak mendengar gosip yang menceritakan bahawa di bawah pemerintahan kerajaan BN macam-macam perkara tidak betul berlaku tentang prosedur pemberian dan pelaksanaan kontrak motivasi dan training. 

Begitulah risikonya apabila survival bisnes kita bergantung kepada kontrak kerajaan semata-mata. Tanpa kontrak kerajaan, kita tidak survive.

Daripada satu sudut lain pula, apabila kualiti produk dan perkhidmatan kita tidak layak survive dalam pasaran terbuka, maka itulah yang mendorong kita sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak betul bagi mendapatkan kontrak kerajaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Masukilah Pasaran Laut Biru Buku Terjemahan Previous entry: Tip Survival Bisnes Buku: Promosi Bermusim

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.