Wednesday, June 27, 2007

Tuan Epol Memberi Penjelasan

Berikut penjelasan Tuan Epol kepada UNIKA:

Saya tertarik dengan perhatian yang saudara & saudari berikan berkaitan dengan skrip yang diperlukan. Untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan Saya mulakan dengan pengenalan Gong Klasik Sdn Bhd (GKSB). Satu syarikat induk yang memayungi beberapa syarikat penerbitan tv, album, pengurusan acara dan studio rakaman.

GKSB khususnya menjalankan penerbitan tv. Dahulunya adalah anak syarikat TV3. Pada 2001, berlaku perubahan pengurusan dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan RTM.

Saya kagum dengan sikap yang ditonjolkan oleh saudara Jonos. Beliau mengambil langkah ke depan dengan cara bertanyakan kepada saya tentang perkara berbangkit.

Kita boleh berhati-hati dalam perkara ini tapi jangan sesekali prejudis. “Takde masa untuk menipu”. Nombor telefon telah diberi seharusnya telefonlah untuk mengetahui perkara sebenar, itu lebih baik bukan?

Saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan dengan saudara & saudari semua. Sebelum ini sehinggalah 18/06/2007 proses penerbitan memerlukan penghantaran sinopsis tetapi kini RTM menetapkan bahawa setiap syarikat perlu sertakan skrip penuh.

Jika dilihat dari sudut positif situasi ini sebenarnya menyokong ‘INDUSTRI’ saudara dan saudari. Ini kerana syarikat perlu membuat perjanjian sama ada membayar penuh @ separuh @ deposit berdasarkan persetujuan saudara & syarikat.

MALAHAN KAMI SEBAGAI SYARIKAT TAKUT TERANIAYA SEKIRANYA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT RTM TIDAK MENERIMA SKRIP SAUDARA DAN SAUDARI BERIKAN. Tolong jangan prejudis.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, GKSB adalah syarikat Kelas A yang digredkan oleh kementerian. Begitu jugalah halnya dengan syarikat-syarikat lain yang digredkan sebagai A, B dan C.

Justeru sebagai syarikat Kelas A tidak semudah itu untuk menipu. Lainlah yang datangnya dari individu yang tidak diketahui syarikat dan stesennya. Sebab itulah saya katakan saudara Jonos telah mengambil langkah ke depan untuk mengetahui sesuatu perkara!

Saudara April… anda benar! GKSB juga melalui syarikat Gong Production & Matahati adalah syarikat & studio rakaman. Antara artis kami satu ketika dahulu; Ruhil Amani, Aris Ariwatan, Roy, Kumpulan Kris, Medicine dll.

Benar inilah masanya untuk saudara dan saudari ke depan. Peluang terbuka sekarang. Tampil dan pelbagaikan genre dan perbanyakkan bilangan penulis skrip di Malaysia. TQ.

Tuan Epol,

Terima kasih kerana memberi maklumat yang sangat berguna kepada kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fiksyen Sejarah Previous entry: Kontraktor Buku Sedang Teruja
Zamri Mohamad  on  06/27  at  03:55 AM

“Kita boleh berhati-hati dalam perkara ini tapi jangan sesekali prejudis. “Takde masa untuk menipu”. Nombor telefon telah diberi seharusnya telefonlah untuk mengetahui perkara sebenar, itu lebih baik bukan?”

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Asnawi (Epol). Tetapi memang kami penulis di sini sangat berhati-hati dengan apa yang berlaku. Kerana itu di UNIKA perkara pertama yang kami pelajari ialah undang-undang hakcipta.

Boleh jadi prejudis timbul dengan cara Tuan Asnawi memperkenalkan diri secara tidak profesional sehinggakan kami tertanya-tanya siapakah Tuan dengan nama samaran meminta skrip melalui chatbox.

Tuan Jonos mempermudahkan keadaan dengan menghubungi Tuan Asnawi.

Amalan kami penulis-penulis di sini ialah melalui wakil rasmi kami PTS.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  04:46 AM

Terima kasih Tuan Asnawi (Epol) atas penjelasan saudara.
Bukanlah prejudis tetapi berhati-hati.

Saudara Jonos,
Terima kasih banyak-banyak kerana memaklumkan lebih awal!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  05:21 AM

Tuan Epol,

Kami berterima kasih dengan peluang yang ditawarkan kepada penulis PTS.

Benar kata zamri, kami `terbebar` dengan kemunculan tuan dalam situasi sebilangan kami ada pengalaman ditipu penerbit.

Sambutan atau respon awal kami tentu berbeza kalau tuan muncul di tangga `rumah` kami dengan `bersalam` terlebih dulu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  05:53 AM

Nampaknya dah ada perkataan “Kami”.

dah (SALAH) = sudah (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  05:59 AM

Mr April,

Ya, selepas `kita` digunakan kini saya `makmurkan` pula kata nama `kami`.

Gambaran semangat kekitaan dalam keluarga penulis PTS.

Pakcik Adnan.

jonos  on  06/27  at  06:14 AM

Terima kasih semua..

Itulah tujuan utama hebahan maklumat secepat mungkin cuba diusahakan bagi menjawab persoalan yang mungkin menimbulkan rasa ragu di hati sahabat-sahabat kita.

Saya pernah hidup di dunia penerbitan tv&filem, saya kini mula hidup di dunia penerbitan buku. Mempelajari dan mengenal dua dunia ini amat menyeronokkan. Acara ‘tipu-menipu’ saya sudah lalui sebagai bekalan saya ke hadapan.

Memang ada sedikit perbezaan dua daya fikir antara kedua-dua industri ini. Saya mempunyai sahabat-sahabat golongan penerbitan buku, dan dalam masa yang sama saya ada sahabat-sahabat golongan penerbitan siri tv&filem. Namun kedua-dua daya fikir dari dua industri ini amat saya kagumi!

Kerana itulah saya menghubungi nombor talian yang tertera milik Tuan Epol (Shaiful Asnawi Bin Hussein) kerana saya berfikir, ini mungkin salah satu ‘peluang’ yang dibuka Allah s.w.t di samping kita menjalin perniagaan antara satu sama lain.

‘Peluang’ ini berbeza-beza yang boleh kita lihat sebagai hamba-Nya. Ada peluang yang mungkin buat kita tertipu jika tersilap langkah, tetapi ia mengajar kita menjadi ‘cerdik.’

Tidak semua ‘peluang’ datang dengan menjanjikan limpahan rezeki berbentuk duit. Ada kalanya, ‘peluang’ itu datang dalam bentuk limpahan ilmu yang berguna untuk kita di masa hadapan.

Semoga entri ini menjawab segala pertanyaan yang berlegar di fikiran kita.

“Semoga silaturrahim bakal terpaut dengan baik dari dua dunia yang membentuk urusniaga berkekalan hendaknya.”

Amin..

Alangkah bagusnya jika kita diberitahu sedikit sebanyak perbezaan gaya fikir orang-orang dalam dunia penerbitan buku dengan orang-orang dalam penerbitan filem dan drama TV. Dengan pengetahuan itu maka lebih mudah kita berkerjasama.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  06:20 AM

Betul itu Saudara Adnan,

Bukan setakat semangat kekitaan tetapi juga mewakili pandangan yang sama terhadap sesuatu perkara.

*Kenapa letak Pakcik di depan nama. Saya pun bukannya muda lagi. (28 tahun!)

Sifu sudah 57 tahun pun rasa masih muda lagi… masih berjuang lagi!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  06:29 AM

Banyak pengalaman Saudara Jonos rupanya. Bolehlah kongsi dengan saya.
Sebenarnya kan, dalam umur dah nak masuk 29 tahun, barulah saya berjinak-jinak dengan ilmu penulisan buku dan dunianya. Ini pun sebab ada Unika PTS. Selama ini tahu membaca saja.

#Bilalah dapat menulis buku?

dah (SALAH) = sudah (BETUL)
nak (SALAH) = hendak (BETUL)
kan (SALAH) = bukan (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  06:34 AM

Kagum semangat Sifu!
Doakan saya dapat menulis sebuah buku sebelum umur 31dan sentiasa mempunyai semangat berjuang yang tinggi macam Sifu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  02:20 PM

Melihat perkembangan terbaru berkenaan polisi RTM ini, saya berpendapat, adalah lebih cost-effective jika pihak penerbitan, menggaji penulis skrip secara bulanan daripada membayar penulis skrip untuk setiap skrip. Ini untuk memastikan pihak penerbit tidak tanggung rugi, jika terpaksa membayar skrip yang sudah siap, tetapi kemudian ditolak oleh RTM.

Untuk pengetahuan, beberapa produksi sudahpun menggaji beberapa penulis skrip, terutama produksi yang tidak putus-putus menerbitkan drama bersiri.

sudahpun (SALAH) = sudah pun (BETUL)

Tuan Meor,
Dalam bidang seni, seperti juga halnya menulis skrip adalah kerja seni, gaji tidak mendorong penghasilan kerja seni yang bermutu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.