Tuan MBA Dihantar ke Amerika Bagi Mempelajari Teori “The Long Tail”
Sahabat baik dan pendukung PTS yang tidak asing lagi, Tuan MBA, baru balik dari Amerika sebab beliau dihantar oleh pejabatnya pergi ke Boston, antara tujuannya adalah menghadiri seminar yang diadakan oleh Chris Anderson berkenaan teori Long Tail.
Chris terkenal sebab dia mencipta nama komersial "Long Tail" itu, selama ini teori itu dikenal dengan nama-nama yang sudah lusuh seperti "niche marketing".
Orang-orang penting PTS sudah membaca buku Chris sebelum Tuan MBA mengambil tempat duduk beliau dalam pesawat MAS dalam kabin kelas satunya menuju negara Pak Tua Uncle Sam itu!
Malah PTS sudah mengamalkan teori dan strategi Long Tail semenjak syarikat ini ditubuhkan 7 tahun lalu. Teori Long Tail amat rapat aplikasinya dengan industri penerbitan buku dan CD-VCD.
Seperti biasa, buku-buku bisnes adalah lebih lambat masuk pasaran dibandingkan dengan jurnal bisnes, baik jurnal on-line mahupun yang bercetak. Jadi, isi kandungan buku-buku bisnes sentiasa sudah out-of-date berbanding isi kandungan jurnal.
Disebabkan orang-orang penting PTS membaca jurnal-jurnal bisnes, fenomena Long Tail itu sudah lama difahami dan dijadikan asas strategi bisnes PTS.
Chris membezakan antara produk "superstar" dengan produk "long tail". Justeru ada buku superstar dan ada buku long-tail. Mengikut Chris zaman produk superstar berakhir dengan terciptanya internet.
Isi kandungan buku Chris Anderson ini amat relevan bagi pengurus-pengurus syarikat penerbitan buku. Justeru ia juga amat relevan bagi penulis yang mahu hidup dengan wang royalti.
Ringkasnya, Chris Anderson berpesan: Lupakan buku superstar. Era itu sudah hampir sampai ke titik hujungnya.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu-san yang budiman,
Patut pun saya terbatuk-batuk dalam tidur, ingatkan tidak cukup tidur. Rupa-rupanya ada entri “ekor panjang”.
Sebenarnya Chris Anderson adalah peserta dalam mesyuarat yang saya hadiri dan dia diberi masa lebih kurang sejam termasuk soal jawab untuk ceritakan mengenai buku beliau. Mesyuarat itu kira glamor habislah. Dalam dunia ini katanya ada 250 orang yang boleh hadir mesyuarat sebegitu (di Malaysia tidak tahulah saya berapa orang).
Ia dibuat di Boston kerana kata penganjur lagi, jika kita berjalan-jalan di sekitar Boston ini, kita boleh tercium bau otak geliga di sekitar universiti Havard dan Massachuset (MIT) dan kami dibawalah melawat MIT.
Yang bagusnya bukan buku ekor panjang, tetapi kami naik limosin ekor panjang
-----
Post a comment