Sunday, May 11, 2008

Tuan MBA-san Dan Kawan-kawannya

Nota komen Tuan MBA-san sangat menarik dibaca, iaitu tentang kawan-kawan beliau yang mahu membeli ribu-ribu naskhah buku beliau.

Kita pun tertanya-tanya: Oleh si pembeli-pembeli itu, hendak dibuat apa dengan ribu-ribu buku itu nanti?

Jika mereka itu penjual buku, kita mudah faham. Tetapi jika penjual buku, lebih baik mereka hubungi penerbit, sebab penerbit boleh beri potongan diskaun yang amat bagus, maklumlah mereka beli COD (cash-on-delivery). 

Bagi pembaca blog ini yang belum kenal nama 'Muhamad bin Ali', beliau adalah seorang pegawai tinggi di Putrajaya. Ya, beliau 'pegawai tinggi', bukan setakat 'pegawai kanan'.

Jadi, apabila banyak pula orang menawarkan kepada beliau bagi membeli ribuan naskhah bukunya, kita pun mudah timbul sangsi akan motif sebenar di sebalik tawaran hensem mereka itu.

Maklumlah, pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan kerajaan berada pada kedudukan yang dapat mempengaruhi banyak keputusan tentang "siapa dapat apa, bila, di mana dan bagaimana". Jadi macam-macam cara akan digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan bagi mendakati pegawai-pegawai tinggi.

.......... 

Nota untuk Tuan MBA-san: Bolehlah beritahu mereka supaya membeli buku Tuan daripada kami di PTS! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gila-Gila Tuan MBA-san Melelong Bukunya Previous entry: Pesta Buku 2009: 17 - 26 April
MBA  on  05/11  at  09:27 PM

Assalamualaikum Sifu-san;

Memang ada yang ingin membelinya daripada PTS. Walau bagaimanapun macam-macam soalan yang ditanyanya. Misalnya potongan harga berapa peratus, kredit berapa lama dan banyak lagilah.

Namun yang paling kelu saya ingin menjawabnya ialah, apa alamat dan contact person yang perlu mereka hubungi untuk pembelian ini. Maklumlah mereka ini bukannya penjual buku.  Ikhlas hati saya nyatakan kepada Puan Sifu-san bahawasanya saya tidak tahu, hatta untuk memesan sendiri buku saya dari stor PTS juga saya tidak tahu (bukan kerana saya pegawai tinggi yang semua kerja dilakukan oleh pembantu peribadi, tetapi memang saya tidak diberitahu).

Saya hanya diberitahu jika saya ingin beli buku PTS, saya akan diberi diskaun 35%. Adakah pembelian ini secara tunai, COD ataupun beli melalui internet juga dibolehkan? Saya masih tiada jawapan. Jawapan yang saya ada ialah saya masih mentah, saya penulis baru.

Selain daripada kursus menulis, elok juga barangkali PTS memberi kursus kesedaran kepada penulis baru mengenai kontrak, promosi buku, peraturan dan yang berkaitan dengannya.

Sekadar mencadang.

......................

NOTA SIFU: Tuan MBA-san, saya sudah hantar komen tuan kepada pegawai-pegawai PTS yang berkaitan. InsyaAllah mereka akan menghubungi Tuan berkenaan perkara-perkara yang Tuan musykilkan itu.

MBA  on  05/11  at  09:33 PM

Assalamualaikum Sifu-san;

Barangkali kebanyakan daripada perkara ‘tidak tahu’ di atas akan bertukar menjadi ‘tahu’ apabila saya menerima salinan kontrak perjanjian yang telah lama ditandatangani.

Hatta prosedur untuk mendapatkan kontrak inipun saya tidak tahu, selain daripada hanya menunggu.

p.s Walau bagaimanapun pengurusan PTS dalam hal ini adalah jauh lebih baik daripada penerbit buku saya yang dahulu yang sehingga kini kontrak dan royalti tidak pernah menjelma walaupun ‘Spy Leman’ memberitahu bahawa buku adalah laku keras.

Wassalam.

Zamri Mohamad  on  05/12  at  10:58 AM

Tuan MBA sudah gunakan khidmat Spy Leman! Produk penyiasat tempatan.

Memetik kata-kata Tuan, Selain daripada kursus menulis, elok juga barangkali PTS memberi kursus kesedaran kepada penulis baru mengenai kontrak, promosi buku, peraturan dan yang berkaitan dengannya.

Kaedah mempromosi adalah situasi paling mencabar baik kepada penerbit mahupun penulis.

Peranan Penulis

Rasa-rasanya ada penulis PTS yang menulis mengenai kejurujualan, pemasaran dan seumpamanya.

Mungkin dapat diadakan sesi pembentangan sesama penulis mengenai teknik-teknik pemasaran mereka, kejayaan dan kegagalan cara itu.

Seperti Dr Tengku Ismadi juga dengarnya ada tip-tip menarik bagi menjual buku. Boleh jadi Dr boleh kongsikan juga. :D

Peranan Penerbit

Pihak pemasaran dan PR PTS juga dapatlah berkongsi dalam sehari bagaimana pemasaran dibuat, cabaran dan cara memasarkan produk melalui info yang mereka perolehi daripada kedai buku. Mungkin penulis dapat mengadaptasi kaedah tersebut.

Puan, sebenarnya berapa ramai penulis yang bernaung di bawah payung perjuangan PTS?

————————————————————————————

ZAMRI MOHAMAD

http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
http://www.motivasimindamu.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: